Jawapan
13. Di atas inisiatif Kerajaan Negeri, sebanyak 39 buah koperasi telah berjaya ditubuhkan sejak tahun 2008. Koperasi-koperasi yang ditubuhkan telah berjaya mengusahakan perniagaan dan menawarkan perkhidmatan di beberapa bidang seperti berikut:-
i. Kerja-kerja pendawaian elektrik;
ii. Kerja kimpalan dan fabrikasi logam;
iii. E-tuisyen;
iv. Kedai runcit;
v. Pusat scuba diving dan rekreasi
vi. Teksi,
vii. Kedai perkakasan kereta;
viii. Kuih tradisional;
ix. Air mineral;
x. Jus Limau Kasturi;
xi. Butik pakaian; dan
xii. Homestay.
Mesyuarat MMK Koperasi diadakan 4 kali setahun. Sejak 2008, sebanyak 15 mesyuarat telah diadakan iaitu bersamaan 4 kali mesyuarat pada setiap tahun dalam tahun 2008, 2009 dan 2010 dan 3 kali pada tahun 2011. Antara program-program yang telah dilaksanakan di bawah jawatankuasa ini adalah seperti berikut:-
i. Karnival Malaysia Inovatif;
ii. Karnival Koperasi;
iii. Bengkel Khas Gabungan Koperasi;
iv. Lawatan Sambil Belajar Koperasi Negeri Pulau Pinang ke Johor dan Negeri Sembilan;
v. Taklimat Peluang-peluang Keusahawanan Koperasi dan Sesi Dialog Bersama Ketua-ketua Jabatan Agensi Kerajaan yang terlibat;
vi. Kursus Pengurusan Kewangan Keluarga;
vii. Taklimat Pembangunan Koperasi Negeri Pulau Pinang;
viii. Program Friendship Fest Penang International Co-operative & Trade Expo;
ix. Program Keurusetiaan Jawatankuasa MMK Koperasi;
x. Kursus Pengurusan Mesyuarat dan Penyediaan Minit Mesyuarat Berkualiti Untuk JKKK Daerah Seberang Perai Utara;
xi. Kursus Asas Pelaburan Koperasi; dan
xii. Bengkel Asas Memproses Mee Kuning.