MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Ahli Kawasan Batu Lanchang (Y.B. Encik Law Heng Kiang) bertanya kepada Ketua Menteri: 49. Nyatakan jumlah pelaburan baru asing bagi tahun 1998 dan 1999 di Negeri Pulau Pinang.
Dun -
Exco YB, DR, SAK CHENG LUM
Perkara Ekonomi

Jawapan

Ketua Menteri:

49. Sebanyak 104 projek perindustrian baru dengan pelaburan berjumlah RM2,666.5 juta telah diluluskan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia atau MIDA pada 1998 dan sebanyak 68 projek baru dengan pelaburan sebanyak RM4,621 juta bagi tiga suku tahun pertama iaitu dari Januari hingga September 1999.

Pada tahun 1998, 11 syarikat membeli tanah PDC untuk pembinaan kilang-kilang atau kemudahan-kemudahan baru yang melibatkan pelaburan sebanyak RM52.84 juta. Untuk tiga suku tahun yang pertama 1999 pula, sebanyak 20 kilang telah membeli tanah PDC yang melibatkan pelaburan sebanyak RM346.8 juta.

Mengikut kaji selidik PDC yang dibuat setiap 6 bulan, sebanyak 322 buah kilang yang sedia ada membuat pertambahan pelaburan atau reinvestment sebanyak RM3,892 juta pada tahun 1988 dan sebanyak 383 kilang pula menambahkan pelaburan sebanyak RM1,289 juta pada setengah tahun pertama, iaitu dari Januari hingga Jun 1999.

Di samping itu, pada tahun 1998 terdapat dua syarikat multi-nasional yang besar yang sedia ada telah mengumumkan rancangan mereka untuk melabur semula sebanyak RM2,400 juta dan pada tahun ini setakat bulan September, sebanyak 5 lagi syarikat MNC besar yang lain mengumumkan pelaburan tambahan berjumlah RM3,180 juta.

Adalah jelas dari keempat-empat petunjuk tersebut, sektor pembuatan Negeri Pulau Pinang bukan sahaja telah pulih tetapi mulai berkembang dengan rancak. Pelaburan baru dan tambahan sudah pasti akan memberangsangkan pertumbuhan sektor pembuatan, khasnya ke arah teknologi tinggi dan baru, dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat negeri ini.

Kembali