MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
19/05/2014
Soalan Sila senaraikan dengan terperinci semua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Negeri Pulau Pinang termasuk anak syarikat GLC bersama senarai Ahli Lembaga Pengarah dan elaun yang diberikan. Sebagai contoh, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan anak syarikatnya, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA), Penang Global Tourism (PGT), Perbadanan Bukit Bendera, Penang Green Council, Penang Youth Development Council (PYDC) dan sebagainya.
Dun -
Exco YAB. KETUA MENTERI
Perkara Government Linked Companies (GLC)

Jawapan
11. GLC di bawah Kerajaan Negeri adalah PBA Holdings Berhad (PBAHB) sahaja yang merupakan sebuah syarikat persendirian yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) di mana Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui State Secretary Incorporated (SSI) mempunyai pegangan saham sebanyak 55%.

Senarai Ahli Lembaga Pengarah PBAHB adalah seperti berikut:

i. Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng – Pengerusi

ii. Y.B. Dato’ Haji Mohd Rashid Bin Hasnon – Timbalan Pengerusi

iii. Y.B. Prof. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy - Ahli Lembaga Pengarah

iv. Y.B. Dato’ Farizan bin Darus - Ahli Lembaga Pengarah

v. Y.B. Tuan Chow Kon Yeow - Ahli Lembaga Pengarah

vi. Y.B. Tuan Lim Hock Seng - Ahli Lembaga Pengarah

vii. Y.B. Dato’ Haji Abdul Malik B. Abul Kassim - Ahli Lembaga Pengarah

viii. Y.B. Dato‘ Mokhtar Bin Mohd Jait - Ahli Lembaga Pengarah

ix. Tuan Haji Mohamad Bin Sabu - Ahli Lembaga Pengarah

x. Y.Bhg. Dato’ Chew Kong Seng - Ahli Lembaga Pengarah Bebas

xi. Y.Bhg. Dato' Syed Mohamad bin Syed Murtaza - Ahli Lembaga Pengarah Bebas

xii. Y.Bhg.Dato’ Seri Nazir Ariff Bin Mushir Ariff - Ahli Lembaga Pengarah Bebas

xiii. Y.Bhg.Dato‘Athi Isvar Athi Nahappan - Ahli Lembaga Pengarah Bebas

xiv. Ms. Agatha Foo Tet Sin - Ahli Lembaga Pengarah Bebas

Jumlah elaun yang diterima oleh Ahli Lembaga Pengarah adalah seperti berikut di Lampiran A.

Elaun-elaun ini tidak ada perubahan sejak diberikan dalam tahun 1999.

Dalam hal ini, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Perbadanan Bukit Bendera adalah merupakan Badan Berkanun Negeri dan bukanlah GLC Negeri. Manakala Penang Global Tourism (PGT), Penang Green Council dan Penang Youth Development Council (PYDC) adalah anak syarikat kepada PDC.
Kembali