MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
19/05/2014
Soalan Huraikan prestasi semua jabatan di bawah MPPP dan MPSP dengan statistik terperinci kekuatan dan kelemahan masing-masing.
Dun -
Exco YB. CHOW KON YEOW
Perkara Kerajaan Tempatan

Jawapan
19. Perincian prestasi semua jabatan di bawah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) adalah seperti di Lampiran.

Kekuatan dan nada MPPP adalah seperti di bawah :-

(i) MPPP telah melaksanakan atau menaiktaraf sistem IT seperti e-penilaian, e-aduan, e-perjawatan dan e-tempahan bagi memberi kemudahan kepada orang awam serta meningkatkan keberkesanan perkhidmatan.

(ii) MPPP berkeupayaan untuk mengimbangkan perbelanjaan dengan mencapai prestasi kedudukan kewangan “surplus”.

(iii) MPPP telah melancarkan projek-projek penghijauan di kawasan bandar raya George Town untuk mencapai maklamat “Cleaner, Greener Penang”.

(iv) Bagi tujuan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam serta mengawal kesesakan dalam kawasan bandar, MPPP telah menyediakan perkhidmatan Bas CAT secara percuma.


(v) MPPP terus mempergiatkan pelaksanaan progam Bandar Selamat untuk mengwujudkan persekitaran Bandar yang selamat dan persekitaran yang bebas daripda halangan.

(vi) Mempunyai tenaga kerja yang mahir dan berpengalaman untuk melaksanakan tugasan yang diamanahkan.

Manakala kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti bagi MPPP adalah:-

(i) Kesedaran masyarakat terhadap kebersihan dan pematuhan undang-undang masih pada tahap yang rendah.

(ii) Beban tugas yang semakin diperluaskan berbanding dengan tenaga kerja yang sedia ada.

(iii) Penyelenggaraan kemudahan awam dan kelengkapan perlu dipertingkatkan.

Bagi kekuatan MPSP ianya adalah berikut:-

(i) MPSP mempunyai sistem berkomputer yang dapat menyimpan data bagi tujuan membuat keputusan.

(ii) MPSP mempunyai tenaga kerja yang komited dan boleh bekerja lebih masa.

(iii) MPSP juga mempunyai tenaga kerja yang berpengalaman.

(iv) Dari segi kewangan, MPSP berjaya merekod surplus pada setiap tahun.

Sebaliknya kelemahan MPSP boleh disenaraikan seperti berikut:-

(I) MPSP mempunyai 259,000 hartanah yang perlu diberi perkhidmatan dengan bilangan kakitangan yang terhad.



(ii) Walaupun MPSP mempunyai 300 kenderaan tetapi tidak mencukupi untuk menyediakan perkhidmatan yang luas sebanyak 738.41 km persegi dan penduduk seramai 948,560 orang.

(iii) Sikap penduduk yang suka membuang sampah merata-rata dan tidak menjaga kebersihan.

(iv) Kawasan muka bumi Seberang Perai yang rata di bawah paras laut menyebabkan parit tidak dapat mengalirkan air dengan sempurna.
Kembali