MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
19/05/2014
Soalan Nyatakan jumlah kutipan yang diperolehi hasil daripada kutipan bayaran sebanyak RM0.20 untuk beg plastik yang dibayar secara tunai oleh pembeli kepada semua pasaraya di Pulau Pinang serta kemanakah wang kutipan tersebut disalurkan dan siapakah yang dipertanggungjawabkan bagi memastikan hasil kutipan ini disalurkan kepada golongan sasar?
Dun -
Exco YB. PHEE BOON POH
Perkara Pendapatan Kerajaan

Jawapan
Jumlah kutipan RM0.20 dari kempen tanpa pemberian beg plastik percuma mulai tahun 2010 hingga April 2014 adalah sebanyak RM4,945,818.40. Kutipan ini dimasukkan ke dalam tabung Rakan Anti Kemiskinan (RAK) yang kemudiannya akan diagihkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebagai bantuan kewangan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) golongan miskin. Bantuan yang diberikan merupakan bantuan kewangan bulanan untuk meningkatkan pendapatan bulanan KIR melepasi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Kerajaan Negeri juga memperuntukkan tambahan sejumlah RM20 juta setahun bagi membantu golongan miskin di Pulau Pinang kerana hasil kutipan itu cuma merupakan jumlah kecil bagi tujuan tersebut.
Kembali