MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Adakah feasibility study ke atas pembinaan terowong di Pulau Pinang telah siap dan bilakah kajian details construction pelan akan dibentangkan untuk pengetahuan penduduk Pulau Pinang terutama penduduk di kawasan yang terlibat?
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan


8. Setakat ini, pihak syarikat telahpun menyiapkan Kajian Kebolehlaksanaan ke atas projek 3 buah jalan-jalan utama iaitu Projek Jalan Berkembar Tanjung Bunga – Teluk Bahang, Projek Jalan Pintasan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu – Air Itam dan Projek Jalan Pintasan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu – Persiaran Gurney. Kajian Kebolehlaksanaan tersebut kini sedang dinilai oleh Perunding Teknikal bebas yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Oleh yang demikian, tarikh untuk pembentangan Rekabentuk Terperinci Projek Terowong Link Ketiga kepada orang awam tidak dapat ditetapkan buat masa ini dan akan diuruskan sebaik sahaja kajian kebolehlaksanaan tiga(3) buah jalan penghubung di atas.


Disediakan oleh:
Muhamad Azrai Bin Mohamad Zaini (019-5700737)
Penolong Pengarah (Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan)
UPEN

Disemak oleh:
Encik Mohd Farulizam Bin Che Meh (019-4817678)
Timbalan Pengarah (Sektoral)
UPEN
Kembali