MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Huraikan polisi dan strategi Kerajaan Negeri untuk: (a) menjaga kebajikan kelas tengah (middle class) (b) membekalkan insuran perubatan (medi-care) kepada rakyat, terutamanya warga emas, (c) melatih dan membantu belia dalam small scale enterprise?
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan ingin menambah baik mutu kehidupan rakyat Negeri Pulau Pinang dari semua segi. Sesuai dengan polisi Masyarakat Penyayang, Kerajaan Negeri sedia berusaha dengan semua pihak dalam melaksanakan usaha murni ini.
(a) Kerajaan Negeri menjaga dan begitu mementingkan kebajikan rakyat dan sentiasa berusaha membasmi kemiskinan. Atas dasar keprihatinan ini, Program Pembasmian Miskin Tegar telah dilancarkan pada tahun 2009. Namun bagi memantapkan lagi program pembasmian ini, Kerajaan Negeri telah melancarkan program Agenda Ekonomi Saksama (AES) bagi menjaga kebajikan kelas bawah dan jua kelas pertengahan.
(b) Sehingga kini, Kerajaan Negeri belum mempunyai cadangan untuk membekalkan insurans perubatan kepada rakyat. Ini kerana sebelum cadangan membekalkan insurans perubatan ini dilaksanakan, Kerajaan Negeri hendaklah mengkaji dari semua segi, terutamanya dari segi kemampuan peruntukan kewangan.
(c) Dalam memberi latihan dan membantu belia dalam small scale enterprise ini, Kerajaan Negeri telah melancarkan program 'Vocational Skills Employment Program' (VSEP). Program ini adalah kerjasama Kerajaan Negeri bersama Penang Science Cluster (PSC), Association of Small and Medium Enterprise (SAMENTA) dan Fourier Technical Consultant (FTC).
Program VSEP ini bertujuan untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan kepada belia tempatan khususnya bagi membantu belia dengan menyediakan kemahiran teknikal, pengalaman kerja dan juga pengetahuan dalam sesuatu bidang.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga menyediakan program kesedaran kepada belia untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Kerajaan Negeri turut menganjurkan latihan seperti kursus menjahit bagi membantu belia untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Disediakan Oleh : (MOHD HUSAINI BIN SAAD, 017-3230771)
Disemak Oleh : ( MOHD FARULIZAM BIN CHE MEH,019-4817678)
Kembali