MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Bantuan mikro kredit sebanyak RM5000 daripada PDC dikatakan tidak mencukupi. Adakah Kerajaan Negeri akan memperuntukan bantuan lain dalam Bajet Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2015 untuk bantuan kepada wanita dan pemuda-pemudi dalam perniagaan? CATATAN: YB.DATO SERI SUK MOHON PUAN JADI KJAB (1) DAN PDC JADI KJAB (2) TK PTK(DUN) 27/10
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
Kerajaan Negeri melalui PDC telah mewujudkan Tabung Pinjaman Mikro Kredit PTSR (Projek Titian Saksama Rakyat) sejak tahun 2009 dengan memperuntukkan RM9.0 juta untuk dimanfaatkan oleh peniaga-peniaga kecil di Negeri Pulau Pinang. Bantuan mikro kredit yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri melalui PDC diberikan kepada peniaga kecil termasuk wanita dan pemuda-pemudi dengan jumlah pinjaman di antara RM2,000 hingga RM10,000 (maksima) mengikut keperluan peminjam. Jumlah pinjaman bantuan mikro kredit akan dikaji semula dan ditentukan setelah mengambilkira keperluan perniagaan serta kemampuan bayaran balik oleh peminjam. Didalam Bajet Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2015, Kerajaan Negeri memperuntukkan bantuan mikrokredit sebanyak RM1 juta melalui Tabung Usahawan Kecil.
Di samping itu, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan bantuan lain dalam Bajet Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2015 kepada wanita dan pemuda-pemudi dalam perniagaan seperti mewujudkan Tabung Usahawan Tani Muda yang telah dilancarkan pada Jun 2014 dengan dana berjumlah RM250,000.00 bagi memberi kemudahan pinjaman kepada golongan muda dan belia termasuk wanita yang menceburi perniagaan dalam sektor industri asas tani. Melalui Tabung Usahawan Tani Muda, setiap peminjam diberikan pinjaman berjumlah RM5,000.00.






Disediakan oleh : Masayu Azreen binti Md Said / 012-4117002
Disemak oleh : Encik Mohd Farulizam bin Che Meh / 019-4817678
Diluluskan oleh : Y.Bhg. Dato' Abu Jamal bin Nordin / 017-9997519
Kembali