MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Jelaskan polisi dan pendirian kerajaan ke atas tanah-tanah yang diserahkan oleh pemaju kepada pihak Kerajaan Negeri untuk tujuan pembinaan masjid dan rumah ibadat. Berapakah jumlah dan lokasi tanah-tanah tersebut yang telah dijadikan milik State Secretary Incorporated (SSI) atau agensi lain. Nyatakan hala tuju pemajuan tanah tersebut untuk menepati kegunaannya. CATATAN; TSUK(P) MOHON PN JAWAB SOALAN INI PTK(DUN) 27/10
Dun -
Exco
Perkara Pembangunan

Jawapan
Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat soal tapak-tapak bagi pembinaan kemudahan keagamaan. Berdasarkan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020, penyediaan kemudahan keagamaan yang terancang dan mencukupi akan disediakan selaras dengan peningkatan penduduk dan keperluan piawaian perancangan. Penyediaan kemudahan keagamaan hendaklah berdasarkan keperluan makro mengikut piawaian berikut:-
(a) 0.05 mp ruang bangunan atau 0.1 mp ruang tanah tapak surau bagi setiap penduduk atau; dan
(b) 0.01mp ruang tanah untuk bangunan keagamaan lain ibadat.
Untuk bangunan surau atau masjid, pemaju akan menyerahkan tanah/ tapak kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan rumah ibadat bukan Islam (RIBI) akan diserahkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Berdasarkan rekod State Secretary Incorporated (SSI)sehingga kini, tiada tanah/ tapak untuk tujuan pembinaan masjid dan rumah ibadat yang diserahkan oleh pemaju kepada SSI.
Sebagai hala tuju pemajuan tapak untuk masjid dan surau Kerajaan Negeri berpendirian bahawa tapak yang diserahkan oleh pemaju untuk tujuan pembinaan masjid akan dikawal selia oleh MAINPP dan digunakan bagi tujuan tersebut sahaja. Manakala PBT akan mengawal selia tapak RIBI selain dari Lembaga Wakaf Hindu bagi tanah untuk kegunaan kuil hindu.


Disediakan oleh: Intan Sharizat binti Muhamad Nasir (019-4654558)
Disemak oleh: En. Mohd Farulizam bin Che Meh (019-4817678)
Diluluskan oleh: YBhg. Dato' Abu Jamal bin Nordin
Kembali