MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Bagi ketiga-tiga badan berikut, berikan nama Pengerusi, Naib Pengerusi, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Eksekutif serta gaji atau elaun bulanan mereka. Senaraikan nama dan jawatan keseluruhan kakitangan. Berapakah jumlah ‘overhead’ sebulan : (a) Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (b) Invest Penang (c) Penang Institute
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
(1)Bagi Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang, Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah hanya dibayar elaun kehadiran mesyuarat sahaja seperti di Lampiran A.

(2)Bagi Invest Penang, maklumat yang dikemukakan hanya nama Ahli Lembaga Pengarah sahaja seperti di Lampiran B.

(3)Bagi Penang Institute, maklumat yang dikemukakan adalah seperti nama Ahli Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif, pegawai dan anggota sahaja seperti di Lampiran C.
Kembali