MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Jelaskan : (a) Mengapakah tanah-tanah PDC tidak dijual terus kepada Syarikat Ikano untuk membangunkan IKEA tetapi dijual kepada ASPEN Group sebelum dijual kepada IKANO? (b) Adakah projek KOMTAR Walk satu kegagalan. Berapakah jumlah kerugian PDC kerana tiada pendapatan yang dapat dikutip sejak KOMTAR Walk ini diberikan kepada syarikat swasta? CATATAN: YB.DATO SERI SUK MOHON TUAN JADI KJAB (1) DAN PDC JADI KJAB (2) TK PTK(DUN) 27/10
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
23. Aspen Vision Land Sdn. Bhd. telah berjaya membawa Ikano Ptd. Ltd. untuk melibat dalam projek usahawan bagi memajukan projek komersil dan pembangunan bercampur di Batu Kawan. Urusan yang diputuskan adalah direstui dan dianggap sebagai formula yang dipersetujui oleh IKANO untuk menubuhkan gudang beli-belah IKEA di Pulau Pinang.
Kembali