MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Ahli Kawasan Berapit (Y.B. Encik Lau Chiek Tuan) bertanya kepada Ketua Menteri: 2. Adakah punca banjir kilat pada 5 Ogos 1999 dan 25 Oktober 1999 telah dikenalpasti. (a) Jika telah dikenal pasti, sila nyatakan puncanya. (b) Berapa ramaikah penduduk/mangsa yang terlibat dalam banjir kilat tersebut? (c) Adakah jumlah kerugian akibat kedua-dua banjir kilat tersebut telah diketahui? Sila nyatakan. (d) Nyatakan tindakan yang diambil oleh kerajaan terhadap kerugian akibat kematian ternakan selepas banjir. Jika gantirugi berupa wang telah diberi, sila nyatakan jumlah tersebut.
Dun -
Exco YB DATO' HAJI AZHAR BIN IBRAHIM
Perkara Bencana Alam

Jawapan

YB DATO'HAJI AZHAR BIN IBRAHIM MENJAWAB BAGI PIHAK KETUA MENTERI:

2. (a) Hujan lebat yang turun pada 23 Oktober 1999 (156mm) dan 24 Oktober 1999 (163mm) serentak dengan air pasang tinggi pada 25 Oktober 1999 telah menyebabkan banjir berlaku di kawasan rendah, khasnya berhampiran Lembah Sungai Rambai dan Parit 4. Tiada laporan mengenai banjir kilat yang diterima bagi 5 Ogos 1999. Walau bagaimanapun, terdapat laporan mengenai banjir kilat pada 5 September 1999.

(b) Bilangan penduduk/mangsa yang turut terlibat dalam banjir kilat adalah seperti berikut:-

1. Pada 5 September 1999

(a) Daerah-daerah Yang Terlibat
i. Daerah Seberang Perai Utara
Bilangan keluarga - 149 orang
Bilangan Mangsa - 711orang

ii. Daerah Seberang Perai Tengah
Bilangan keluarga - 222 orang
Bilangan Mangsa - 935 orang

iii Daerah Seberang Perai Selatan
Bilangan keluarga - 24 orang
Bilangan Mangsa - 122 orang

iv Daerah Timur Laut
Bilangan keluarga - 11 orang
Bilangan Mangsa - 86 orang









(b) Jumlah Perbelanjaan Makan Minum bagi Mangsa Penempatan
Banjir pada 5 September 1999.


i. Daerah Seberang Perai Utara - RM1996.40

ii. Daerah Seberang Perai Tengah - RM6776.20

iii. Daerah Seberang Perai Selatan - RM 657.80

iv. Daerah Timur Laut - RM 168.00

JUMLAH : ---------------RM9598.40---------------


2. Pada 25 Oktober 1999


(a) Daerah-daerah Yang Terlibat
i. Daerah Seberang Perai Utara
Bilangan keluarga - 662 orang
Bilangan Mangsa - 3102 orang

ii Daerah Seberang Perai Tengah
Bilangan keluarga - 254 orang
Bilangan Mangsa - 1074 orang

iii. Daerah Seberang Perai Selatan
Bilangan keluarga - 264 orang
Bilangan Mangsa - 1417 orang


b. Jumlah perbelanjaan makan minum bagi mangsa penempatan
banjir pada 25 Oktober 1999.


i. Daerah Seberang Perai Utara - RM77,049.35

ii. Daerah Seberang Perai Tengah - RM7,499.00

iii. Daerah Seberang Perai Selatan - RM4,459.65



JUMLAH : ---------------RM89,008.00---------------


(c) Jabatan Kerja Raya masih dalam proses membuat anggaran mengenai kerosakan infrastruktur khususnya jalan dan jambatan di Seberang Perai Tengah.

(d) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri tidak menerima apa-apa laporan mengenai kerugian atau kematian ternakan semasa kedua-dua banjir kilat tersebut. Tidak ada gantirugi wang ringgit diberikan akibat kematian ternakan semasa banjir.

Kembali