MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Sejak kebelakangan ini Kerajaan Negeri didapati telah banyak menjual tanah-tanah miliknya. (a) Apakah terdapat syarikat-syarikat asing yang membelinya? (b) Jika ya, syarikat dari negara manakah yang telah membelinya dan berapakah sebutharga yang telah dijual?
Dun -
Exco
Perkara Tanah

Jawapan
Kerajaan Negeri menerusi PDC telah memberi penekanan terhadap pembangunan industri bagi mempertingkatkan ekonomi negeri dengan kemasukan pelaburan asing yang nyata memberi impak dengan tawaran pekerjaan kepada rakyat dan seterusnya mempertingkatkan taraf hidup. Bagi tahun 2014, sejumlah 4 buah syarikat asing iaitu Sandisk Storage Malaysia Sdn Bhd,Penang Seagate Industries Sdn Bhd, Bose Systems Malaysia Sdn Bhd dan Atotech (Malaysia) Sdn Bhd telah mengesahkan pembelian tanah industri serta menawarkan peluang pekerjaan sejumlah 4,247 orang pekerja.

Penetapan harga adalah berdasarkan jumlah pelaburan PDC dalam membangunkan infrastruktur dan mulai Oktober 2014, harga tanah industri adalah RM40.00 skp bagi tempoh pajakan 60 tahun. Senarai syarikat adalah seperti di Lampiran 1.
Di samping itu, untuk tanah bukan industri, bagi tahun 2014, dua (2) syarikat asing telah membeli tanah PDC di Batu Kawan bagi tujuan pembangunan pusat membelibelah dan komersil. Penjualan tanah ini telah ditandatangani pada 3 September 2014. Sila rujuk Lampiran 2.




Kembali