MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Ahli Kawasan Berapit (Y.B. Encik Lau Chiek Tuan) bertanya kepada Ketua Menteri: 3. Apakah garis panduan yang diambil Kerajaan Tempatan (MPSP) terhadap pemasangan stesyen pemancar gelombang? Nyatakan: (a) Bilangan stesyen pemancar gelombang komunikasi yang dipasang atas bangunan dan senaraikan semua lokasi dengan tepat (termasuk yang haram)? (b) Syarat-syarat yang dikenakan terhadap pemasangan stesyen tersebut. Adakah pemilik stesyen perlu membayar sebarang bayaran? Jika ya, sila nyatakan jenis bayaran dan nilai bayaran? (c) Bilangan aduan (bersama lokasi yang terlibat) yang telah dikemukakan terhadap pemasangan stesyen sedemikian? (d) Tindakan dan langkah-langkah yang telah diambil terhadap aduan tersebut?
Dun -
Exco YB DATO KOAY KAR HUAH
Perkara Kerajaan Tempatan

Jawapan

YB DATO KOAY KAR HUAH MENJAWAB BAGI PIHAK KETUA MENTERI:

3. (a) Bilangan stesyen pemancar gelombang komunikasi seperti di bawah ini.

MENARA TELEKOMUNIKASI DI SEBERANG PERAI.

1. Binariang Communications Sdn BhdLot 5774 Mk. 15, Jalan Rozhan,Bukit Mertajam, S.P. Tengah. Berhenti Kerja(01364) 14.11.96 Kebenaran Merancang diluluskan pada 30.9.97.
Notis BerhentiOperasi 27.11.96 Pelan Bangunan masih dalam pertimbangan.
2. Binariang Communications Sdn BhdLot 495, Mk. 17, Jalan Sg. Lembu,Macang Bubuk, S.P.Tengah Berhenti Kerja(01034) 20.11.96 Kebenaran merancang diluluskan pada 30.9.97
3. Binariang Communications Sdn BhdLot 30, Mk. 18, Simpang 3,Kubang Ulu, S.P. Tengah Berhenti Operasi27.11.96 Kebenaran merancang dalam proses.
4. MRCB TelecommuciationLot 874, Mk. 15, Jalan Rozhan Cherok Tok Kun Berhenti Kerja(05654) 13.3.96 Pelan masih dalam pertimbangan.
Meruntuh (01401)8.5.96
Notis Berhenti Operasi 27.11.96





5. MRCB TelecommunicationLot 30, 312,32,33, Mk. 11, Kampung Nenas, Bukit Tengah. Kemuka Pelan (02586) 12.11.96 Pelan masih dalam pertimbangan.
6. Cellular Communication Network (M) Sdn. Bhd., Lot 24, Mk. 3, Kampong Petani, Penanti. Berhenti Kerja(05196) 7.11.95 Pelan masih dalam proses.
7. Cellular Communication Network (M) Sdn. Bhd. Lot 1038, Mk. 11, Jalan Tembikai, Taman Desa Damai. Notis BerhentiOperasi 30.11.96 Pelan masih dalam pertimbangan.
8. Cellular Communication Network (M) Sdn Bhd.Lot 852, Mk 17, Jalan Kulim, BM Notis Berhenti Operasi 30.11.96 Pelan masih dalam proses.
9. Mutiara Telekom Berhad.Lot 1837, Mk. 15, Kampong Kijang, Alma Operasi 27.11.96. Berhenti Kerja (01435) 5.9.96Notis Berhenti Pelan masih belum dikemukakan.
10. Telekom Malaysia BerhadPT 45 HS (M) 622, Lot 3342, Jalan Berhenti kerja(06127) 23.11.95 Pelan bangunan dikemukakan pada 8.6.97
11. Telekom Cellular Sdn Bhd.Di atas bumbung No. 1503, Jalan Permatang Pauh, Taman Arowana,S.P.Tengah. Pelan Bangunan dikemukakan pada 15.9.99. Belum dibina.
12. Telekom Cellular Sdn. Bhd.,Di atas bumbung Heng Hew Restoran, Juru, Mk. 13, S.P.Tengah. Pelan Bangunan dikemukakan pada 15 Oktober, 1999.
13. Telekom Cellular Sdn. Bhd.,Di atas bumbung kedai No. 16, Taman Kota Permai, Mk. 14, S.P. Tengah. Notis meruntuh di keluarkan pada 2.9.99. Pelan Bangunan dikemukakan pada 25.5.99.Masih dalam pembinaan.
14. Binariang Communications Sdn BhdDi atas bumbung kedai No. 2107,Jalan Berapit, Mk. 9, Taman Perai, S.P. Tengah. Notis Meruntuh19.7.99 Sedang Beroperasi
15. Maxis Mobile Sdn. Bhd.,Di atas bumbung No. 28, Lorong Perda Utama 9, Mk. 6 & 7, S.P. Tengah. Pelan dikemukakan pada 24.8.99.Belum dibina.
16. VDO ComponentsLot 391, Mk. 1, SPT,Lorong Perusahaan 2,Perai, S.P. Tengah. Permit lulus 7.4.99.
17. Mutiara Telecommunication(Wisma EMC)972, Jalan Baru, Perai. Belum Lulus.
18. MRCB TelecommunicationLot 5344 dan 5345, Mk. 1, (Emartel). Belum LulusSudah BinaTiada aduan (untuk tunai syarat)





19. Time Telecommunication Belum lulus kebenaran merancang/Bangunan.
20. Mutiara Telecommunication(Sun Media Group)Plot 53, Jalan PerindustrianBukit Minyak 7. Telah BinaTelah Lulus
21. Cellular Komunikasi(Arita Plastic)Lot 1073, Lorong PerusahaanMaju 2, Prai 4, S.P. Tengah. Telah BinaBelum Lulus
22. Mutiara Telekomunikasi(Enamel)Lot 2805, Tingkat Perusahaan 6,Perai. Telah BinaBelum Lulus
23. Syarikat TelefonWireless,Atas bumbung Kedai No. 4795,Lot 1189, Sek. 4, Jalan Chain Ferry,Butterworth. Pelan dikemukakan pada 11.7.96Pelan dirujuk kepada Jabatan Perancang pada 30.11.96Sedang Beroperasi
24. Sapura DigitalAtas Bumbung Rumah Pangsa,Lot 2043, Mk. 7, Teluk Air Tawar. Notis berhentiKerja 8.3.96Notis meruntuh 8.5.96 Rujuk Jabatan Undang-undang pada 18.6.96.Minta dapat kebenaran merancang 20.6.96Sedang Beroperasi.
25. Binariang Communication(Maxis),Lot 623, Mk. 12, Jalan Besar,Sungai Bakap. Notis kemukaPelan (028855) 7.11.96Notis berhenti Operasi 27.11.96 Diarah memohon kebenaran merancang 27.8.96.
26. Binariang Communication(Maxis),Mk. 7, Jalan Permai,Nibong Tebal. Notis berhentiKerja (00354)13.6.96. Tiada pelan dikemukakan.
27. Cellular ComunicationNetwork (M) Sdn. Bhd.,Lot 30, Mk. 12, Jalan Besar,Pekan Sungai Bakap. Notis BerhentiOperasi 27.11.96 Minta kebenaran merancang 17.6.96
28. Cellular Communication (Celcom),Mk. 7, Jalan Permai,Nibong Tebal. Notis berhentiOperasi 30.11.96 Pelan dikemukakan pada 31.10.95Minta kebenaran merancang pada 26.6.96
29. Cellular Communication (Celcom),Mk. 13, Bukit Puncak, Batu Kawan, S.P. Selatan . Notis berhentiOperasi27.11.96. Tiada pelan dikemukakan.Sedang Beroperasi.
30. Mutiara Telecom,Lot 3581, Mk. 14, Bukit Tambun,S.P. Selatan. Nois Berhenti Kerja(06059) 23.9.96Notis berhentiOperasi 27.11.96. Pelan Bangunan dikemukakan dan diproses.Jabatan Perancang minta kebenaran merancang pada 18.6.96.
31. Mutiara Telekom,Lot 40, Mk. 5, Sungai Bakap,S.P. Selatan Notis BerhentiKerja (00356)27.7.96 Pelan dikemukakan



(b) Garispanduan Pembinaan Menara Komunikasi dan Struktur Sistem Pemancar yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan yang digunapakai buat sementara waktu ini oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)/Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sepertimana yang dipersetujui dalam mesyuarat mengenai struktur pemancar Telekomunikasi Negeri Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Y.B. Dato’ Dr. Hilmi bin Hj. Yahaya pada 15/7/1997 ialah seperti berikut:-

i. Menara Telekomunikasi hendaklah mempunyai jarak minima 150 meter (450 kaki) daripada mana-mana bangunan sedia ada dan struktur pemancar di atas bumbung bangunan hanya boleh diletakkan pada bangunan komersial.

ii. Pembinaan struktur sistem pemancar di atas bangunan kediaman tidak digalakkan.

iii. Persetujuan daripada penghuni/tuanpunya bangunan jiran perlu untuk struktur pemancar atas bumbung bangunan kediaman.

iv. Pembinaan Menara Telekomunikasi perlulah persetujuan daripada tuanpunya lot-lot yang berjiran.

(c) Bilangan aduan berkaitan pemasangan stesyen: 2 aduan
Lokasi aduan:-

i. Menara Telekomunikasi, di Jalan Permai, Nibong Tebal, SPS.

ii. Menara Telekomunikasi, di No.16, Lebuh Kota Permai 1, Taman Kota Permai, Bukit Mertajam.

(d) Tindakan untuk aduan di Nibong Tebal, SPS

Notis memberhenti kerja telah dikeluarkan dan mengarahkan syarikat telekomunikasi tersebut mengemukakan permohonan kebenaran memasang.

Tindakan untuk aduan di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam

Notis berhenti kerja telah dikeluarkan oleh MPSP.

Kembali