MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Ahli Kawasan Berapit (Y.B. Encik Lau Chiek Tuan) bertanya kepada Ketua Menteri: 5. Sila senaraikan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-7 yang masih belum dilaksanakan (termasuk yang masih dalam proses perlaksanaan) bagi Daerah Seberang Perai Tengah. (a) Sila beri penjelasan mengapakah projek-projek itu masih belum dilaksanakan. (b) Adakah projek-projek itu akan dibatal atau ditangguhkan. Jika Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk menangguhkan projek berkenaan, sila nyatakan tarikh perlaksanaan semula projek-projek tersebut.
Dun -
Exco YB KETUA MENTERI
Perkara Pembangunan

Jawapan

Ketua Menteri:

5. (a) Di daerah Seberang Perai Tengah terdapat 83 projek diluluskan dalam RMK-7. Daripada jumlah tersebut sebanyak 23 telah siap sepenuhnya, 34 projek dalam pelaksanaan, 18 projek dalam perancangan dan 8 projek ditangguhkan.

(b) Senarai dan sebab projek-projek yang ditangguhkan pelaksanaan adalah seperti berikut:-

BIL. NAMA PROJEK SEBAB DITANGGUHKAN
1. Sekolah Kebangsaan Bukit Teh Masalah pengambilan balik tanah. Projek akan dilaksanakan apabila masalah pengambilan selesai.

2. Pusat Sumber Di atas Lot 1312 dan 180 kampung Sekolah Juru, SPT. Dalam peringkat penyediaan dokumen tender.

3. Pusat Pertumbuhan Permatang Rotan Projek ditangguh sehingga kajian semula pengambilan balik tanah diselesaikan.

4. Jalan Masuk Tok Subuh Projek ditangguhkan. Peruntukan sebanyak RM2.535 juta dipindahkan kepada RISDA

5. Projek Jalan Masuk Bukit Langkap Projek ditangguhkan sehingga kajian semula pengambilan balik tanah diselesaikan.

6. Pembangunan IKS Bukit Minyak I Projek ditunda ke RMK-8 kerana kelembapan ekonomi.

7. Pembangunan IKS Bukit Minyak II Projek ditunda ke RMK-8 kerana kelembapan ekonomi.

8. ILKP Jalan Masuk K.P. Bukit Minyak I Projek ditangguhkan ke RMK-8 kerana kelembapan ekonomi.



Kembali