MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan VII. Ahli Kawasan Sungai Dua (Y.B. Encik Jasmin bin Mohamed) bertanya kepada Ketua Menteri: 1. Kesesakan jalan raya di Sungai Dua, Seberang Perai Utara telah lama dibangkitkan, akan tetapi sehingga ini masih belum ada penyelesaian. Bilakah Kerajaan akan melaksanakan projek bagi mengatasi masalah ini? Mengapakah masalah ini dibiarkan berlarutan sehingga ke hari ini?
Dun -
Exco YB DR TENG HOCK NAN
Perkara Kemudahan Awam

Jawapan

YB DR TENG HOCK NAN MENJAWAB BAGI PIHAK KETUA MENTERI:

1. Kerajaan Negeri telahpun mencadangkan pemasangan lampu isyarat di persimpangan Jalan Sungai Dua/Jalan Pengkalan Machang dan membuka jalan baru tanpa melalui pekan Sungai Dua.

Jurutera Perunding telahpun dilantik untuk merekabentuk semula geometri persimpangan Jalan Sungai Dua/Jalan Pengkalan Machang. Rekabentuk tersebut telahpun disetujui oleh Kerajaan Negeri akan diterima pakai.

Tindakan sedang diambil oleh Pejabat Tanah untuk melaksanakan pengambilan tanah serta penempatan semula semua gerai dan kedai yang terlibat dengan cadangan jajaran baru. Projek ini telahpun dimasukkan dalam Belanjawan tahun 2000.

Kembali