MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan (a) Berapa ramaikah pegawai penguatkuasa agama yang terdapat di JAIPP? (b) Apakah jenis undang-undang yang dikuatkuasakan? (c) Kenapa kes-kes perjudian dan pelanggaran akta halal haram tidak pernah dikuatkuasakan?
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
I. Jumlah Pegawai Penguatkuasa Agama di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) ialah sebanyak 58 orang.

II. Undang-undang yang dikuatkuasakan oleh JHEAIPP adalah:
a. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996;
b. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Pulau Pinang 2004;
c. Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004;
d. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 2004;
e. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang 2004;
f. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang 2004.

III. Kes perjudian termaktub di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996. Berdasarkan rekod pada tahun ini, seramai 60 orang telah ditangkap atas kesalahan perjudian. Bagi kes pelanggaran halal, pihak yang menyalahgunakan tanda/ logo halal akan disabitkan kesalahan di bawah perintah perihal dagangan (takrif halal dan perakuan dan penandaan halal) dalam Akta Perihal Dagangan 2011 kerana hukumannya yang lebih berat dan meluas (kepada orang Islam dan bukan Islam) berbanding hukuman di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.


Disediakan oleh : Intan Sharizat binti Muhamad Nasir (019-4654558)
Disemak oleh: Mohd Farulizam b. Che Meh (019-4817678)
Diluluskan oleh: YBhg. Dato' Abu Jamal bin Nordin

Kembali