MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Terdapat kes pengusiran penghuni yang tinggal di atas tanah, yang telah dibeli untuk dimajukan, tanpa memberi pampasan serta masa notis yang cukup. (a) Apakah tanggungjawab Kerajaan Negeri bagi membantu semua penghuni ini? (b) Apakah mereka boleh memiliki rumah yang telah dibina oleh Kerajaan Negeri? Jika boleh, bagaimana cara mudah untuk memilikinya? CATATAN: PN MASAYU (UPEN) MOHON TN JAWAB SOALAN INI. 21/10
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
(a)Kerajaan Negeri telah mempunyai polisi mengenai penempatan semula setinggan-setinggan yang terlibat dengan pembangunan tanah, tetapi polisi tersebut hanya terpakai bagi pembangunan yang melibatkan tanah kerajaan sahaja. Manakala pembanguan di atas tanah persendirian yang melibatkan perpindahan setinggan, Kerajaan Negeri akan berusaha untuk berunding dengan pemaju supaya mengambil kira pemberian pampasan atau penempatan setinggan yang terlibat dengan projek mereka.

Di samping itu,syarat formula perpindahan setinggan atau bayaran pampasan telah ditetapkan oleh pihak MPPP/MPSP di mana kebiasaannya pemaju akan mengemukakan formula penempatan setinggan dan memberikan akujanji bahawa mereka mempunyai program penempatan setinggan di dalam pelaksanaan projek. Malah telah menjadi dasar Kerajaan Negeri untuk tidak meluluskan kebenaran pelan merancang jika masalah setinggan oleh pemaju swasta tidak diselesaikan.

(b) Mereka yang terlibat boleh memohon rumah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan, jika memohon rumah dibina oleh Kerajaan sahaja.

Selain itu, untuk tanah swasta pula pihak penghuni perlu mengemukakan perjanjian di antara pemaju dan penghuni, bil air dan bil elektrik yang beralamat di tanah pembangunan itu sebagai dokumen sokongan untuk dibentangkan dalam Jawatankuasa Pembersihan dan Peningkatan Mutu Proses Pemilihan Rumah (JPPPPP) untuk diberi kelulusan khas.

Kerajaan Negeri telah melaksanakan dasar baru untuk pembangunan swasta dengan menolak sebarang permohonan kebenaran pembangunan (development order) yang diduduki oleh setinggan. Kerajaan BN sebelum ini menerusi MPPP dan MPSP, akan memberikan kebenaran pembangunan, sungguhpun masih ada setinggan dan masalah setinggan belum diselesaikan.

Perubahan ketara daripada dasar BN sebelum ini, berusaha menggalakkan pemaju mengadakan rundingan dan selesaikan secara baik satu formula munasabah dengan setinggan. Malangnya beberapa pemaju dan tuanpunya Tanah yang ada kaitan dengan BN dan UMNO enggan mengadakan rundingan dengan setinggan dan sebaliknya menggunakan tindakan mahkamah untuk menghalau setinggan tanpa bayaran pampasan yang munasabah.

Untuk kes-kes pemaju yang "pro-BN atau UMNO" sedemikian, Kerajaan Negeri bukan sahaja mengaturkan peguam untuk membela setinggan tetapi juga tidak akan memberikan "development order" sekiranya si pemaju "pro-BN atau UMNO" ini berjaya dalam mahkamah.

Kebanyakan kes pengambilan Tanah oleh Kerajaan Negeri PR, hanya mengambil tanah untuk tujuan awam, termasuk buat kali pertama ambil tanah milikan bukan Melayu dan bukan Islam untuk tujuan perkuburan orang Islam. Isu warisan adalah dalam tangan Kerajaan Persekutuan dan bukan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri telah menulis banyak surat kepada Kerajaan Persekutuan untuk mewartakan kampong tradisi Melayu sebagai kampong warisan tanpa mendapat balasan positif.
Kembali