MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Sila nyatakan status pembangunan SOHO di Pulau Pinang? Adakah Kerajaan Negeri akan membenarkan pembangunan SOHO di pinggir laut dan kawasan bukit?
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
Garis panduan SOHO / Office Suite / Resort Suite telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) pada 20 Oktober 2014 bagi MPPP. Semua permohonan bagi pembangunan SOHO akan dipertimbangkan di peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC) tertakluk kepada garis panduan yang telah diluluskan. Mengikut ketetapan garis panduan ini pembangunan SOHO hanya dibenarkan dimajukan dalam kawasan yang diperlingkungkan sebagai zon 'Perniagaan Am' dan zon ' Pelancongan Am' sahaja mengikut Pelan Dasar Perancangan dan Kawalan Pemajuan MPPP.

Manakala, di kawasan MPSP, garis panduan SOHO telah diluluskan oleh Majlis Penuh Ke 452 (2/2012). Walaubagaimanapun, garis panduan tersebut masih belum mendapat pertimbangan dan kelulusan di Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC).

Pembangunan SOHO di Seberang Perai boleh dibenarkan tertakluk kepada Garis Panduan Bagi Pembangunan “Small Office Home Office” (SOHO) yang diluluskan oleh Majlis Penuh Ke- 452 (2/2012).

Dalam garis panduan ini, perletakan SOHO hendaklah mematuhi kreteria-kreteria berikut :

(1)Zon Gunatanah : Zon komersial / perdagangan.

(2)Lokasi Perletakan :

- Dalam kawasan pusat Bandar.
- Berhampiran terminal pengangkutan.
- Berhampiran dengan kawasan institusi dan pusat pengajian tinggi seperti universiti dan kolej.
- Kawasan pembangunan semula Bandar.

Oleh yang demikian, sama ada pembangunan SOHO boleh dibangunkan di pinggir laut dan di kawasan bukit ataupun tidak, ianya tertakluk kepada perkara 1 dan 2 di atas serta tertakluk kepada ulasan daripada jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan.
Kembali