MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan VIII. Ahli Kawasan Bertam (Y.B. Encik Hilmi bin Haji Abdul Rashid) bertanya kepada Ketua Menteri: 1 Bilakah pihak kerajaan akan membina masjid di kariah Permatang Sintok memandangkan anak-anak kariah terpaksa bersolat Jumaat di surau yang sempit yang sediada sekarang?
Dun -
Exco YB DATO' DR HILMI BIN HAJI YAHAYA
Perkara Hal Ehwal Agama Islam

Jawapan


YB DATO' DR HILMI BIN HAJI YAHAYA MENJAWAB BAGI PIHAK KETUA MENTERI:

1. Buat masa ini pihak Kerajaan tidak bercadang membina sebuah masjid di Permatang Sintok oleh kerana Permatang Sintok adalah sebahagian daripada Qaryah Permatang Bogak. Dasar yang dipakai pada masa ini ialah sebuah masjid bagi sebuah qaryah. Bagaimanapun, pada masa ini Solat Jumaat yang diadakan di surau Permatang Sintok hanya diberi kebenaran sementara atas sebab keselamatan dari segi kesibukan jalanraya.



Kembali