MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Sila nyatakan berapakah peruntukan yang disalurkan kepada pertubuhan belia dan badan badan NGO? (a)Adakah Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan atau sumbangan kepada pertubuhan belia dan badan-badan NGO tanpa mengira ideology politik?
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
Peruntukan yang disalurkan kepada Majlis Belia Negeri Pulau Pinang adalah sebanyak RM300,000 setiap tahun sebagai dana kepada Majlis melaksanakan program-program belia. Selain itu, peruntukan turut disalurkan kepada pertubuhan-pertubuhan belia melalui bantuan pentadbiran sebanyak RM2,000 setiap tahun serta sekiranya terdapat pertubuhan belia yang memohon peruntukan tambahan mahu pun penajaan, sebanyak RM 1,000 akan disalurkan mengikut keperluan program.

(a) Bantuan atau sumbangan yang disalurkan adalah tanpa mengira ideologi politik dan berlandaskan kepada program yang akan dilaksanakan. Di samping itu peruntukan yang disampaikan juga mengambil kira penglibatan pelbagai kaum dalam aktiviti tersebut.
Kembali