MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Ahli Kawasan Bertam (Y.B. Encik Hilmi bin Haji Abdul Rashid) bertanya kepada Ketua Menteri: 2. Bolehkah kerajaaan membantu untuk membaiki Sekolah Agama Permatang Sintok di mana terdapat bumbung bilik-bilik darjah yang sering bocor ketika hujan?
Dun -
Exco YB DATO' HAJI ABDUL RASHID BIN ABDULAH
Perkara -

Jawapan

YB DATO' HAJI ABDUL RASHID BIN ABDULLAH MENJAWAB BAGI PIHAK KETUA MENTERI:

2. Pihak Kerajaan bersedia membantu untuk membaiki keadaan bumbung di Sekolah Agama Permatang Sintok yang sering bocor ketika hujan. Semua permohonan bagi pembaikan hendaklah disalurkan kepada Jawatankuasa Penyelarasan Projek-projek Keagamaan di Peringkat Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan dianggotai oleh Jabatan Kerja Raya dan Pejabat Agama Daerah.

Jawatankuasa Penyelarasan di Peringkat Daerah akan menyelaras dan memantau pelaksanaan masjid/sekolah agama rakyat/surau di daerah masing-masing dan seterusnya memperakukannya kepada Jawatankuasa di peringkat negeri.
Jawatankuasa Penyelarasan di Peringkat Negeri yang dipengerusikan oleh Pengarah Pembangunan Negeri akan mengemukakan senarai projek yang dicadangkan untuk kelulusan Kerajaan bagi dilaksanakan.

Kembali