MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Ahli Kawasan Bertam (Y.B. Encik Hilmi bin Haji Abdul Rashid) bertanya kepada Ketua Menteri: 3. Bilakah pihak kerajaan bercadang akan membina rumah-rumah kos rendah di KADUN Bertam?
Dun -
Exco YB DATO' HAJI ABDUL RASHID BIN ABDULLAH
Perkara -

Jawapan


YB DATO' HAJI ABDUL RASHID BIN ABDULLAH MENJAWAB BAGI PIHAK KETUA MENTERI:

3. Kerajaan Negeri belum ada cadangan untuk membina rumah kos rendah di Kadun Bertam tetapi terdapat beberapa projek perumahan kos rendah oleh pemaju swasta yang akan dibina dikawasan ini seperti Projek Bertam Properties Sdn. Bhd. yang akan membina 350 unit rumah kos rendah jenis pangsa 5 tingkat, 169 unit rumah kos rendah jenis teres. Disamping itu juga terdapat satu lagi projek yang dimajukan oleh Syarikat Peruda Sdn. Bhd. anak syarikat UDA Holding Sdn. Bhd. akan membina 142 unit rumah kos rendah jenis teres berharga RM30,000.00 seunit.


Kembali