MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Apakah kekurangan yang ada di kawasan Seberang Perai yang menyebabkan program-program untuk rakyat kurang sangat berbanding di kawasan Pulau?
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
Kerajaan Negeri tidak pernah membezakan di antara Seberang Perai dan Pulau memandangkan konsep kebajikan dan pembangunan rakyat merangkumi keseluruhan rakyat di negeri Pulau Pinang. Program-program yang telah dan akan diadakan dibuat sama ada diperingkat Negeri melalui peruntukkan exco, atau di daerah/KADUN oleh jabatan negeri atau ADUN sendiri. Berikut disenaraikan program-program yang telah diadakan diperingkat Daerah di Seberang Perai bagi tahun 2014 seperti dilampiran 'A'.
Kembali