MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Ahli Kawasan Bertam (Y.B. Encik Hilmi bin Haji Abdul Rashid) bertanya kepada Ketua Menteri: 4. Adakah pihak kerajaan bercadang membina parit-parit konkrit di sepanjang Jalan Butterworth menuju ke Titi Mukim?
Dun -
Exco YB DR TENG HOCK NAN
Perkara Pengairan

Jawapan


YB DR TENG HOCK NAN MENJAWAB BAGI PIHAK KETUA MENTERI:

4. Kerajaan Negeri bercadang membina parit-parit konkrit di sepanjang Jalan Butterworth menuju ke Titi Mukim. Projek-projek dalam perancangan ialah:-
- pembinaan parit monson dari Taman Emas, Bagan Ajam hingga ke Sekolah Menengah Dato’ Onn;
- pembinaan parit monson di hadapan Taman Kekaya;

- pembinaan parit monson dari Ipoh Garden hingga ke Perda, Jalan Kampong Gajah.

Pihak Jabatan Kerja Raya akan bertanggung jawab mengenai pembinaan parit tepi jalan di kawasan ini.


Kembali