MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Apakah peranan Kerajaan Negeri lakukan untuk menyelesaikan masalah setinggan di Kampung Baru Simpang Ampat yang telah berlarutan sehingga kini. CATATAN: PN MASAYU (UPEN) MOHON PN JAWAB SOALAN INI. 21/10
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
Masalah setinggan di Kampung Baru, Simpang Ampat ini adalah melibatkan Syarikat Million Crest Sdn. Bhd. dengan penduduk kampung berkenaan di mana isunya adalah berpunca apabila penduduk kampung masih menduduki tanah yang dibeli oleh Syarikat Million Crest Sdn. Bhd. dari Syarikat Wilayah Seberang.

Dari tahun 2008 hingga 2011, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan (PDTSPS) telah mengambil inisiatif dengan mengadakan beberapa siri perbincangan untuk membantu menyelesaikan masalah penempatan semula penduduk Kampung Baru ini. Perbincangan terakhir telah diadakan pada 13 Jun 2011 yang diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Seberang Perai Selatan (PDTSPS) dan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah yang turut dihadiri oleh wakil daripada Syarikat Million Crest Sdn. Bhd., Peguam syarikat dan Ketua Pengawai Eksekutif JKP Sdn. Bhd. Hasil daripada perbincangan tersebut, wakil-wakil yang hadir telah bersetuju dengan perkara-perkara berikut:-
i) Kos membina 150 buah rumah adalah sebanyak RM7.2 juta. Spesifikasi rumah yang akan dibina adalah sama seperti perjanjian penduduk dengan Syarikat Million Crest Sdn. Bhd. Tapak untuk pembinaan rumah ini telah dikhaskan oleh syarikat kepada penduduk berdasarkan kepada perjanjian yang dimeterai pada tahun 1996.
ii) Pihak JKP Sdn. Bhd. bersetuju untuk membina rumah tersebut dan sanggup menanggung apa saja kos yang terlibat.
iii) Pihak Syarikat Million Crest Sdn. Bhd. perlu mengeluarkan surat kebenaran kepada JKP Sdn. Bhd. bagi membolehkan projek pembinaan rumah berkenaan dapat dilaksanakan.
iv) Pihak JKP Sdn. Bhd.tidak bersetuju jika Syarikat Million Crest Sdn. Bhd. mengarahkan JKP Sdn. Bhd. membina semua rumah penduduk Kampung Baru termasuk penduduk yang tiada dalam senarai perjanjian.

v) Pihak Syarikat Million Crest Sdn. Bhd. perlu memberi jawapan persetujuan kepada JKP Sdn. Bhd. dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh mesyuarat diadakan.
vi) Pihak JKP Sdn. Bhd. meletakkan syarat di mana bakal penghuni perlu membayar RM5,000.00 sebelum memiliki rumah yang dibina tersebut dan wang tersebut seterusnya akan dibayar kepada Syarikat Million Crest Sdn. Bhd. Semula.
vii) Pihak Syarikat Million Crest Sdn. Bhd. memaklumkan bahawa mereka masih belum mendapatkan persetujuan Lembaga Pengarah untuk perkara ini.
viii) Pihak Syarikat Million Crest Sdn. Bhd.akan mengadakan bancian ke atas semua penduduk bagi mengenalpasti jumlah sebenar penduduk yang terlibat.
Walau bagaimanapun, sehingga kini, PDTSPS masih belum menerima sebarang laporan mengenai pelaksanaan projek ini dan pihak JKP Sdn. Bhd. juga memaklumkan bahawa sehingga kini juga pihak Syarikat Million Crest Sdn. Bhd. masih belum memberi jawapan persetujuan kepada JKP Sdn. Bhd. sepertimana yang telah diputuskan dalam mesyuarat pada 13 Jun 2011.
PDTSPS masih memantau persetujuan yang telah dicapai.

Sebagai makluman tambahan, JKP Sdn Bhd terlibat di dalam kes ini sejak bulan Mei 2005 adalah melalui stu cadangan pemulihan projek terbengkalai Taman Simpang Empat yang sepatutnya dimajukan oleh Million Crest (M)Sdn Bhd di atas Lot-lot 203, 285, 349, 350, 441-444, 457, 459, 504, 832-835, 839-842, Mukim 14, Daerah Seberang Perai Selatan dan Lot-lot 1072, 1074, 1313, 1424, 1435, 1437, 1439-1441, 1444, 1449, 1533, 1651, 1652, 1662 dan 1663 Mukim 15, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Ini adalah disebabkan pihak Million CrestSdn Bhd (MCSB) melambat-lambatkan dan tidak mahu melaksanakan projek tersebut. JKP Sdn Bhd telah pun diberimilik sebidang Tanah kerajan di atas Lot 1313 Mukim 15, Seberang Perai Selatan seluas 2.918 hektar (7.2107 ekar) bagi membantu memulihkan projek terbengkalai di dalam menyelesaikan masalah penempatan semula penduduk-penduduk Kampung Baru, Simpang Empat, Seberang Perai Selatan. Pihak Berkuasa Negeri (PBN) di dalam mesyuaratnya pada 10 Oktober 2007 telah meluluskan pemberimilikan Tanah kerajaan di atas Lot 1313 Mukim 15, SPS kepada JKP Sdn Bhd. Oleh yang demikian, JKP Sdn Bhd telah dijemput untuk menghadiri sesi perbincangan yang telah diadakan pada 13 Jun 2011 dan juga siri perbincangan sebelum ini.
Disediakan oleh : Puan Siti Zuraida Binti Napi
Disemak dan diluluskan oleh : YBhg. Dato' Abu Jamal Bin Nordin
Kembali