MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Senaraikan bilangan operasi penguatkuasaan ke atas pendatang asing tanpa izin yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen bagi tahun 2012,2013 dan 2014. Anggaran bilangan pendatang asing tanpa izin mengikut jantina yang tinggal di Pulau Pinang. Adakah dari segi layanan dan perlindungan, kerajaan membezakan pelarian politik seperti Rohingya dengan pendatang asing tanpa izin?
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
Bagi tahun 2012, 2013 dan 2014, jumlah operasi penguatkuasaan ke atas pendatang asing tanpa izin yang telah dijalankan oleh Jabatan Imigresen Pulau Pinang adalah seperti berikut:

Tahun
Jumlah Operasi
2012
382
2013
475
2014
451 (sehingga bulan September 2014)

Perincian jumlah pendatang asing tanpa izin yang tinggal di Pulau Pinang mengikut pecahan jantina, sehingga 22 Oktober 2014, adalah seperti pada lampiran '1'.

Layanan yang diberikan oleh Jabatan Imigresen Malaysia kepada semua tahanan Imigresen yang ditempatkan di Depot Tahanan adalah sama tanpa mengira sama ada pendatang asing asing tanpa izin (PATI), pelarian politik seperti Rohingya, banduan asing dan sebagainya.

Semua tahanan ditempatkan di blok-blok tahanan yang sama di dalam Depot mengikut jantina, yang mana kanak-kanak pada kebiasaannya ditempatkan bersama ibu, manakala bagi yang menghidap sebarang penyakit akan diasingkan sekiranya memerlukan bilik pengasingan.
Makanan yang dibekalkan kepada semua tahanan di Depot juga adalah sama mengikut kadar bayaran RM4.90 bagi seorang tahanan dan diberi makan empat kali sehari. Ini juga termasuk kepada pelarian Rohingya.
Kembali