MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Ahli Kawasan Bertam (Y.B. Encik Hilmi bin Haji Abdul Rashid) bertanya kepada Ketua Menteri: 5. Mengapakah pihak TNB mengambil masa yang lama untuk permohonan mendapatkan lampu-lampu jalan kampung?
Dun -
Exco YB DATO' DR KOAY KAR HUAH
Perkara ADUN

Jawapan

YB DATO' DR KOAY KAR HUAH MENJAWAB BAGI PIHAK KETUA MENTERI:

5. Kelewatan di dalam memproseskan permohonan lampu-lampu jalan dan kampung kadangkalanya berpunca dari keadaan-keadaan seperti berikut:-

(i) Tenaga Nasional Berhad (TNB) perlu mendapatkan inden dari Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bagi projek yang perlukan bayaran sebelum kerja pemasangan dapat dibuat.

(ii) Terdapat di mana permohonan daripada orang perseorangan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dibuat terus kepada TNB dan tidak melalui MPSP. Ini melambatkan proses pemasangan kerana TNB perlu mendapatkan kelulusan MPSP dahulu sebelum membuat pemasangan.

(iii) Pelan lokasi tiang yang tidak lengkap/jelas (kadang-kadang tiang tiada bernombor) menyulitkan pekerja TNB mencari tiang yang dimaksudkan.

Kembali