MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Masalah pekerja asing menyewa rumah-rumah pangsa di sekitar KADUN Sungai Pinang sangat membimbangkan, terutamanya dari segi keselamatan dan masalah sosial. Adakah wujud rancangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menyediakan kawasan perumahan khas untuk pekerja asing? Adakah Kerajaan Pusat mempunyai inisiatif bersama dengan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan kawasan perumahan khas untuk pekerja asing?
Dun -
Exco
Perkara Warga Asing

Jawapan
Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat mengenai pekerja asing yang menyewa di rumah-rumah pangsa bukan sahaja di kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang tetapi juga di seluruh Negeri Pulau Pinang.

Malah Kerajaan Negeri telah mengambil usaha murni untuk mengujudkan satu garis panduan pembinaan asrama warga asing yang berasingan dari kawasan kediaman rakyat setempat dan Jabatan yang dipertanggungjawabkan adalah Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Negeri Pulau Pinang. Garis panduan itu akan mengambilkira diantara lain perkara-perkara berikut:-

(i) Pembinaan asrama di zon perindustrian dan perumahan sahaja;
(ii) Perumahan jenis pangsa akan dijadikan asrama pekerja asing;
(iii) Kemudahan yang disediakan adalah seperti kawasan rekreasi, pondok polis, klinik kesihatan, medan selera dan perkedaian.

Kembali