MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Ahli Kawasan Telok Kumbar (Y.B. Tuan Syed Amerruddin bin Dato’ Haji Syed Ahmad) bertanya kepada Ketua Menteri: 2. Adakah kelulusan untuk menukar syarat kegunaan tanah mesti mengambilkira pandangan dari wakil rakyat tempatan dan Pejabat Daerah sebelum diluluskan dalam mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri?
Dun -
Exco YB DATO' DR TOH KIN WOON
Perkara Tanah

Jawapan

yb DATO' DR TOH KIN WOON MENJAWAB BAGI PIHAK KETUA MENTERI:

2. Sebelum meluluskan permohonan tukar syarat tanah, Kerajaan Negeri akan mengambilkira pandangan dan ulasan dari jabatan-jabatan teknikal termasuk Pejabat Daerah, manakala pandangan dari wakil rakyat tempatan hanya akan diperolehi bagi kes-kes tertentu yang khusus sahaja.

Kembali