MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Ahli Kawasan Telok Kumbar (Y.B. Tuan Syed Amerruddin bin Dato’ Haji Syed Ahmad) bertanya kepada Ketua Menteri: 3. (a) Sila nyatakan berapa kalikah pemeriksaan kuman J.E. dilakukan oleh Jabatan Haiwan di kawasan ternakan khinzir? (b) Sila senaraikan bilangan khinzir mengikut daerah?
Dun -
Exco YB DATO' DR RAJAPATHY A/L KUPPUSAMY
Perkara Kesihatan

Jawapan

YB DATO' DR RAJAPATHY A/L KUPPUSAMY MENJAWAB BAGI PIHAK KETUA MENTERI:

3 (a) Bilangan ladang yang diuji Virus JE ialah sebanyak 8 ladang sahaja akan tetapi semua 335 buah ladang di Pulau Pinang telah diuji untuk menentukan jangkitan virus nipah di mana sebanyak 14 buah ladang telah didapati positif dan sebanyak 32,773 ekor khinzir telah dimusnahkan.

(b) Anggaran bilangan ternakan khinzir mengikut daerah pada 30 September 1999 adalah seperti di bawah. Ia telah mengambil kira bilangan khinzir yang telah dimusnahkan.









Kembali