MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEMBILAN
Soalan Ahli Kawasan Seberang Jaya (Y.B. Dato’ Abdul Latiff bin Mirasa) bertanya kepada Ketua Menteri: 11. Adakah Kerajaan Negeri memberi peruntukan kepada sekolah-sekolah agama swasta di seluruh Seberang Perai dan Negeri Pulau Pinang?
Dun -
Exco YB. DATO' DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA
Perkara Pendidikan

Jawapan



Ketua Menteri:

11. Sekiranya yang dimaksudkan dengan soalan ini ialah Sekolah Agama Rakyat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang memang ada memberikan bantuan kewangan kepada sekolah tersebut. Bantuan ini ialah bagi tujuan membayar elaun Guru Agama Sekolah Agama Rakyat, membayar caruman KWSP mereka serta perbelanjaan pengurusan sekolah. Bagi tahun 1999, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyediakan sumbangan sebanyak RM600,000 bagi tujuan ini. Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga telah menyediakan RM30,000 di bawah peruntukan MMK Agama tahun 1999 bagi melaksanakan program peningkatan ko-kurikulum pengajian agama kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Rakyat Pulau Pinang.



Kembali