MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
10/05/2016 09:30:00 AM hingga 20/05/2016 05:00:00 PM
Soalan 28. Kerajaan Negeri memberi RM41 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)/Mubaligh untuk 125 sekolah, Sekolah Agama Rakyat (SAR)/KAFA RM8.1 juta untuk 200 sekolah, RM8.1 juta SJK Tamil untuk 28 sekolah. Gaji guru SJKC, SJKT, Sekolah Convent/Methodist dibayar lebih dari SAR/KAFA oleh federal. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) RM54.9 juta adalah duit federal. (a) Mengapakah peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri tidak seimbang mengikut jumlah sekolah termasuk e-sumbangan?
Dun Penanti
Exco YAB. CHOW KON YEOW
Perkara Pendidikan

Jawapan

Adalah tidak benar sama sekali dakwaan bahawa peruntukan kerajaan negeri kepada sekolah berteraskan agama Islam adalah tidak seimbang. Sebenarnya jumlah yang diberikan sejak 2008 untuk semua sekolah dan pendidikan agama Islam adalah sebanyak RM41.6 juta dan bukanlah RM1.75 juta setahun seperti yang didakwa. Lagipun tanah berjuta-juta ringgit telah pun diberikan kepada sekolah tersebut (lihat Lampiran 1). Selaras dengan Islam sebagai agama rasmi, Kerajaan Negeri telah dan terus melaksanakan program pembangunan agama Islam yang seimbang dari aspek pengurusan, kerohanian dan fizikal. Peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk pembangunan Islam mencakupi peruntukan bagi pengambilan balik tanah untuk tujuan pembinaan masjid, sekolah agama, surau dan tapak perkuburan, peruntukan untuk tujuan pembinaan baru, membaiki dan menaik taraf masjid, surau dan sekolah agama, peruntukan pengurusan dan pembangunan untuk tiga (3) jabatan yang terlibat dalam hal ehwal agama Islam iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Jabatan Mufti dan Jabatan Kehakiman Syariah, peruntukan bantuan pendidikan kepada sekolah-sekolah agama, pembiayaan untuk pengurusan masjid dan sekolah agama dan pembiayaan bagi kelangsungan aktiviti-aktiviti pengimarahan Islam amnya. Peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri bagi pembiayaan program keagamaan Islam Negeri Pulau Pinang dari tahun 2008 sehingga April 2016 adalah seperti di Lampiran 1. Peruntukan yang telah disediakan dalam tiga (3) tahun kebelakangan ini adalah melebihi RM50 juta setahun.



 



Khusus mengenai pendidikan seperti soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, walaupun sektor ini bukan tertakluk di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, namun Kerajaan Negeri memberi tumpuan yang setimpal kepada bidang pendidikan demi mempergiatkan pembangunan sumber manusia.



 



Terdapat 109 Sekolah Rendah Agama, lapan (8) buah Sekolah Menengah Agama Negeri dan 11 Sekolah Agama Bantuan Kewangan yang berdaftar di Negeri Pulau Pinang. Sekolah-sekolah agama terlibat mendapat pembiayaan Kerajaan Persekutuan untuk kos pengurusan dan bayaran gaji guru, manakala Zakat Pulau Pinang juga membantu memberikan sumbangan berdasarkan bilangan pelajar kepada sekolah-sekolah agama terlibat. Di samping itu, Kerajaan Negeri bermula pada tahun 2008 lagi telah memberikan sumbangan tambahan ex-gratia sebanyak RM50.00 sebulan kepada guru-guru KAFA, di mana pada tahun semasa 2016 sebanyak RM930,000.00 telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang untuk pembayaran pemberian ex-gratia kepada seramai 1,550 orang guru KAFA. Kerajaan Negeri juga bermula pada tahun 2010 telah memperuntukkan dalam bajet tahunan pemberian bantuan khas kewangan/bonus kepada guru-guru KAFA dan mulai tahun 2012 telah menyediakan bajet untuk tujuan pemberian sagu hati Hari Raya Aidilfitri kepada guru-guru agama, tahfiz, pondok dan TADIS.



 



Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukan Pembangunan di bawah Maksud Pembangunan P13 Butiran 04 Sekolah Agama Rakyat untuk tujuan membiayai kos membaiki, menaik taraf dan membina sekolah-sekolah agama di Pulau Pinang. Peruntukan Pembangunan yang telah disediakan mengikut tahun untuk Maksud Pembangunan P13 Butiran 04 Sekolah Agama Rakyat ialah seperti berikut:















































Tahun



Peruntukan P13 Butiran 04 (RM)



2008



2,500,030.00



2009



3,668,800.00



2010



2,560,000.00



2011



1,700,000.00



2012



1,100,020.00



2013



1,850,000.00



2014



2,850,000.00



2015



1,600,010.00



2016



2,030,000.00




 



Keseluruhannya, peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk pembiayaan sekolah-sekolah agama di Negeri Pulau Pinang mengikut tahun ialah seperti berikut:



 




















































































Tahun



Program Bantuan Pendidikan (RM)



Sumbangan ex gratia guru-guru KAFA (RM)



Pembangunan P13 (04)



(RM)



Jumlah



(RM)



2008



88,250.00



659,250.00



2,500,030.00



3,247,530.00



2009



1,500,000.00



879,000.00



3,668,800.00



6,047,800.00



2010



1,750,000.00



913,200.00



2,560,000.00



5,223,200.00



2011



1,750,000.00



900,000.00



1,700,000.00



4,350,000.00



2012



1,750,000.00



912,000.00



1,100,020.00



3,762,020.00



2013



1,750,000.00



886,800.00



1,850,000.00



4,486,800.00



2014



1,750,000.00



885,600.00



2,850,000.00



5,485,600.00



2015



1,750,000.00



895,800.00



1,600,010.00



4,245,810.00



2016



1,750,000.00



930,000.00



2,030,000.00



4,710,000.00



Jumlah



13,838,250.00



7,861,650.00



19,858,860.00



41,558,760.00




 



Daripada jadual di atas, jelas menunjukkan bahawa peruntukan keseluruhan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk Sekolah Agama Rakyat di Negeri Pulau Pinang bukan sahaja sekadar pemberian di bawah Program Bantuan Pendidikan seperti yang diberi kepada SJKC/SJKT/Sekolah Convent/Mubaligh/Persendirian tetapi melibatkan sumbangan tambahan untuk guru-guru Agama serta peruntukan pembangunan yang tidak disediakan untuk sekolah-sekolah bantuan modal yang lain.



 



 


Kembali