MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEMBILAN
Soalan Ahli Kawasan Bukit Tengah (Y.B. Dato’ Liang Thau Sang) bertanya kepada Ketua Menteri: 9. Apakah perkembangan terkini persiapan dan persediaan Kerajaan Negeri untuk menjadi tuan rumah SUKMA 2000? Apakah jenis-jenis sukan yang akan diadakan dan nyatakan di mana?
Dun -
Exco YB YB DATO' DR KOY KAR HUAY
Perkara Sukan

Jawapan

Ketua Menteri:

9. Kerajaan Negeri telah membuat persiapan yang rapi untuk menjadi tuan rumah SUKMA 2000. Jawatankuasa Induk yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Ketua Menteri Pulau Pinang dan ahli-ahlinya terdiri dari Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan berkaitan telah ditubuhkan. Sebanyak 13 Jawatankuasa Kecil telah dibentuk, antaranya termasuk Jawatankuasa Kecil Penginapan, Makanan, Pengangkutan, Perasmian Pembukaan dan Penutup,
Teknikal & Pertandingan dan beberapa Jawatankuasa yang lain untuk merancang dan membuat persiapan penganjuran SUKMA 2000 supaya berjalan dengan lancar. Selain daripada itu, Majlis Sukan Negeri selaku Urusetia telah mula beroperasi untuk menjalankan tugas harian persiapan penganjuran SUKMA 2000.

Sebanyak 29 sukan akan dipertandingkan iaitu:-

1. Angkat Berat 15. Bolajaring
2. Badminton 16. Bola Keranjang
3. Tenpin Bowling 17. Bolasepak
4. Gimnastik 18. BolaTampar
5. Optimist 19. Boling Padang
6. Lumba Basikal 20. Ping Pong
7. Menembak 21. Ragbi
8. Olahraga 22. Kriket
9. Akuatik 23. Taekwando
10. Golf 24. Tenis
11. Memanah 25. Karate
12. Skuasy 26. Silat Olahraga
13. Sepaktakraw 27. Tinju
14. Hoki 28. Sukan Air (Lumba Perahu/Kayak)
29. Wushu

Pertandingan akan diadakan di semua daerah di Pulau Pinang dengan menggunakan kemudahan-kemudahan sukan yang terdapat di negeri ini.

Kembali