MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEMBILAN
Soalan Ahli Kawasan Penanti (Tuan Haji Daud bin Taha) bertanya kepada Ketua Menteri: 8. Apakah Pihak Berkuasa Air bercadang dalam masa yang singkat mengamalkan sistem penukaran paip mengikut umur paip daripada keadaan sekarang menukar paip hanya apabila berlaku kebocoran?
Dun -
Exco TIMBALAN KETUA MENTERI
Perkara Kemudahan Awam

Jawapan

Timbalan Ketua Menteri:

8. Pihak Berkuasa Air mempunyai satu rancangan/program penggantian paip. Di bawah rancangan/program ini, paip-paip diganti berdasarkan keadaannya dan bukan mengikut umur paip memandangkan setengah-setengah paip yang lama masih berkeadaan baik.


Kembali