MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEMBILAN
Soalan Ahli Kawasan Penanti (Tuan Haji Daud bin Taha) bertanya kepada Ketua Menteri: 11. Apakah ada rancangan kerajaan mencari punca-punca air baru selain daripada mengharapkan bantuan air Sungai Muda untuk bekalan air minuman dan pertanian?
Dun -
Exco DATO' HJ.ABDUL RASHID BIN ABDULLAH
Perkara Kemudahan Awam

Jawapan

Dato' Hj.Aabdul Rashid bin Abdullah:

11. Sejumlah 8500 ha kawasan pengairan bergantung kepada Sungai Muda untuk bekalan air, atas sebab lokasi kawasan pengairan yang berhampiran Sungai Muda adalah wajar dan berekonomik menggunakan air daripada Sungai Muda. Tiada sumber lain yang dapat diterokai. Hasil air bawah tanah juga tidak berkesan untuk maksud pengairan padi.

Rancangan untuk memperolehi punca-punca air baru termasuk pembinaan Empangan Beris dan Skim Penyaluran Air Mentah Antara Negeri di Semenanjung Malaysia (Kawasan Utara). Bagaimanapun, apabila kedua-dua projek ini dilaksanakan, air ini masih perlu dialirkan melalui Sungai Muda.




Kembali