MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEMBILAN
Soalan Ahli Kawasan Bukit Tengah (Dato’ Liang Thau Sang) bertanya kepada Ketua Menteri: 2. Bolehkah Y.A.B. Ketua Menteri beritahu bilakah pihak Tetuan Northern Waste Industries akan mengambilalih ‘solid waste management activities and public cleansing’ daripada pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang secara interim?
Dun -
Exco KETUA MENTERI
Perkara Kerajaan Tempatan

Jawapan

Ketua Menteri:

2. Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Negara Kerajaan Tempatan telah mengarahkan supaya pengambilalihan secara interim perkhidmatan pengurusan sisa pepejal seluruh negara oleh pihak Konsortium daripada semua Pihak Berkuasa Tempatan dilaksanakan d-alam tempoh 6 bulan iaitu sebelum akhir tahun ini. Tetuan Northern Waste Industries telahpun memulakan rundingan dengan MPSP dan akan diikuti dengan MPPP. Isu yang perlu diselesaikan bagi kawasan Pulau ialah tapak utnuk stesen pemindahan.


Kembali