MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEMBILAN
Soalan Ahli Kawasan Berapit (Encik Lau Chiek Tuan) bertanya kepada Ketua Menteri: 3. Sila beritahu bilangan permohonan bagi memperbaharui premium tanah perkampongan baru di Daerah Seberang Perai Tengah yang belum diluluskan? Mengapakah permohonan itu perlu mengambil masa begitu lama untuk diproses?
Dun -
Exco DATO' HJ. AZHAR BIN IBRAHIM
Perkara Tanah

Jawapan


Timbalan Ketua Menteri:

3. Terdapat 23 permohonan untuk memperbaharui pajakan tanah di Daerah Seberang Perai Tengah yang belum diluluskan. Kelewatan di dalam memproses permohonan adalah kerana sebab-sebab berikut:-

(a) Tuan tanah asal telah meninggal dunia;

(b) Tuan tanah asal tidak dapat dikesan atau berpindah;

(c) Butiran-butiran permohonan tidak lengkap;

(d) Kelewatan untuk mendapatkan ulasan-ulasan dari Jabatan-jabatan terlibat.


Kembali