MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEMBILAN
Soalan Ahli Kawasan Berapit (Encik Lau Chiek Tuan) bertanya kepada Ketua Menteri: 15. Mengapakah Pihak Berkuasa Negeri tidak memberitahu kepada pemohon sebab-sebab permohonan ubah syarat kegunaan tanah ditolak?
Dun -
Exco DATO' HJ. AZHAR BIN IBRAHIM
Perkara Tanah

Jawapan

Dato' Hj. Azhar bin Ibrahim:

15. Pihak Berkuasa Negeri berhak untuk menolak sesuatu permohonan tukar syarat tanah tanpa memberitahu pemohon sebab-sebab penolakannya. Tidak ada peruntukan di dalam Kanun Tanah Negara yang mensyaratkan supaya sebab-sebab penolakan perlu diberitahu kepada pemohon.

Kembali