MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEMBILAN
Soalan Ahli Kawasan Pengkalan Kota (Encik Lee Hack Teik) bertanya kepada Ketua Menteri: 55. Dalam master plan pembangunan masa depan Pulau Pinang, adakah rumah-rumah setinggan di sekitar kawasan Weld Quay dan di atas jeti-jeti akan ditempatkan semula dan apakah perancangan untuk kawasan ini?
Dun -
Exco TIMBALAN KETUA MENTERI
Perkara Tanah

Jawapan

Timbalan Ketua Menteri:

55. Berdasarkan Pelan Struktur Majlis Perbandaran Pulau Pinang 1987, kawasan Pengkalan Weld telah dirancang sebagai kawasan berkemungkinan untuk dimajukan sebagai sebahagian daripada pusat komersial, kediaman dan industri ringan. Kerajaan Negeri telah menerima beberapa cadangan daripada syarikat-syarikat swasta untuk memajukan kawasan-kawasan tersebut sebagai pusat komersial, perumahan dan pelancongan dengan mencadangkan program penempatan setinggan yang terlibat. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri masih belum membuat apa-apa keputusan, khasnya memandangkan kegawatan ekonomi sekarang.

Pada masa ini, Kerajaan Negeri dengan bantuan kewangan Kerajaan Persekutuan sedang menjalankan satu kajian untuk menyediakan Rancangan Tempatan Georgetown 1, 2 dan 3 yang akan turut mengkaji pembangunan di kawasan Pengkalan Weld. Kajian ini telah dimulakan pada 1 September 1997 dan dijangka siap pada pertengahan tahun 1999.

Apabila siap nanti, Rancangan Tempatan ini akan menjadi panduan untuk pembangunan semula kawasan tersebut.

Kembali