MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Tuan Speaker: Ahli Kawasan Datok Keramat, soalan berikutnya. Ahli Kawasan Datok Keramat (Y.B. Encik Lim Boo Chang): Bebas Dato’ Speaker, soalan saya nombor 19. 19. Berapakah kes pengangguran yang telah dikendalikan oleh Joblink bagi 12 bulan yang lalu? Berapa ramaikah penganggur yang telah mendapat pekerjaan melalui perkhidmatan tersebut?
Dun -
Exco Y.B. DATO' DR. TOH KIN WOON
Perkara Perindustrian (Perusahaan)

Jawapan
Ahli Kawasan Machang Bubuk (Y.B. Dato’ Dr. Toh Kin Woon):

Dato’ Speaker, satu unit telah ditubuhkan tidak lama selepas tercetusnya kegawatan ekonomi pada Julai 1997 untuk membantu pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja mendapat kerja baru dan majikan mengisikan jawatan-jawatan kosong. Justeru itu, Joblink Unit memainkan peranan sebagai suatu unit penyelaras antara pekerja-pekerja yang diberhentikan dan majikan yang ingin mengambil pekerja-pekerja baru. Agensi-agensi yang terlibat di dalam Joblink Unit ialah Jabatan Tenaga Rakyat, Jabatan Buruh dan Jabatan Imigresen dengan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang sebagai urusetia. Jadi Joblink Unit tidak ditubuhkan untuk mengendalikan kes-kes pengangguran dan menangani masalah pengangguran pada keseluruhannya semata-mata tetapi membantu dengan seberapa yang boleh pekerja-pekerja yang diberhentikan akibat kegawatan ekonomi mendapat pekerjaan yang baru. Bagi tempoh November 1998 hinggga Oktober 1999, Joblink Unit telah berjaya menempatkan seramai 1,875 orang yang diberhentikan kerja dan berdaftar dengan Joblink Unit ke dalam pekerjaan baru melalui sesi temuduga.
Kembali