Jawapan
YB DR TENG HOCK NAN MENJAWAB BAGI PIHAK KETUA MENTERI:
45. (a) TANJONG
Antara punca-punca banjir di Tanjong yang telah dikenal pasti ialah pembangunan pesat yang berlaku di hulu kawasan tadahan Sg. Pinang. Faktor resapan dan takungan menjadi kecil telah mengakibatkan aliran permukaan ke dalam sungai menjadi cepat dan bertambah banyak. Aliran kelodak, lumpur dan sampah dari kawasan pembangunan telah menyebabkan air menjadi cetek dan mengakibatkan air melimpahi tebing sungai seterusnya membanjiri kawasan yang rendah di kawasan sungai.
Langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah tersebut ialah perlaksanaan projek tebatan banjir berdasarkan kajian yang dijalankan pada 1990. Perlaksanaan adalah seperti berikut:-
Tahun Kos Projek
Pelaksanaan
1. Projek S-10 di Jalan Perangin RM3.5 juta 1994 – 1996
2. Projek S-18 Fasa 1 di Jalan Gurdwara RM5.0 juta 1998 - 2000
3. Projek N-12 Fasa 1 di Jalan Gurney RM4.8 juta 1998 - 2000
(b) JALAN P. RAMLEE
Punca-punca banjir berlaku di kawasan Jalan P. Ramlee ialah pembangunan yang pesat di hulu kawasan tadahan. Faktor resapan dan takungan menjadi kecil telah mengakibatkan aliran permukaan ke dalam sungai menjadi cepat dan bertambah banyak. Aliran kelodak, lumpur dan sampah dari kawasan pembangunan telah menyebabkan sistem sungai menjadi sempit dan cetek menyebabkan air melimpahi tebing sungai seterusnya membanjiri kawasan yang rendah di kawasan sungai.
Untuk mengatasi masalah banjir, projek-projek berikut dilaksanakan:-
Projek
Tahun Kos Pelaksanaan
1. Melurus dan membesarkan Sg. Pinang RM7.9 juta 1994 - 1998
2. Membina kolam Takungan Sg. Dondang RM4.2. juta 1995 - 1998
3. Meninggikan Jambatan di B.Lancang & Jalan Sungai RM4.0 juta 1996 - 2000
4. Melencong Sg. Air Terjun RM19 juta 1997 - 2000
(c) CHAI LENG PARK
Masalah banjir di Chai Leng Park adalah berpunca dari masalah perparitan dalam kawasan tersebut dan ini bergantung kepada pam untuk saliran terutama waktu air pasang dan hujan lebat. Di antara punca banjir bagi kawasan ini adalah seperti berikut :-
(i) Kawasan pembangunan rendah iaitu + 0.76 m hingga +1.54m berbanding paras sepatutnya + 1.2. S.O.D. (Survey Ordinance Datum)
(ii) Perubahan dalam kawasan basin.
(iii) Pertambahan aliran permukaan akibat pembangunan Bandar yang pesat.
(iv) Ketidak mampuan sistem parit dalaman untuk menampung aliran permukaan semasa hujan lebat.
Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri ialah:-
(i) Melaksanakan kajian kebolehsanaan Tebatan Banjir Chai Leng Park (1992 - 1993) dengan kos RM52,000.00
(ii) Mengkaji semula kerja ukur dan reka bentuk terperinci untuk Projek Tebatan Banjir Chai Leng Park (Mac 98 - Jun 98) - dengan kos RM56,505.00
(iii) Mengadakan sistem pam pengaliran baru (Sept 99 - Julai 2000) dengan kos RM4,507,418.71
(iv) Menaiktaraf parit Monson fasa 1 (Tahun 1999-2000) dengan kos RM1,272,000.00
(d & e) TAMAN SRI RAMBAI dan JURU
Punca yang ketara di kawasan Taman Sri Rambai/Juru ialah kerana masalah penambunan tanah-tanah tidak menepati aras yang ditetapkan di kawasan tersebut iaitu sekurang-kurangnya RL +7.00 kaki atau 2.1. meter. Di samping masalah kedudukan aras kawasan tersebut, punca-punca lain turut menjadi penyebab adalah seperti berikut:-
(i) Hujan lebat melebihi 4 jam dan pertembungan dengan air pasang di laut.
(ii) Kawasan sekeliling yang menepati spefikasi akan menjadi lebih tinggi dari kawasan tersebut.
(iii) Longkang yang dibina tidak dapat menampung air dalam kerana paras parit utama lebih tinggi.
(iv) Perubahan dalam kawasan basin, termasuk penambahan kawasan-kawasan takungan semula jadi.
(v) Pertambahan aliran permukaan akibat pembangunan Bandar yang pesat.
(vi) Ketidakmampuan sistem parit dalaman untuk menampung aliran permukaan semasa hujan lebat.
(vii) Sistem sungai yang tidak dapat menampung aliran yang banyak terutamanya bila hujan lebat.
Langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah itu ialah dengan perlaksanaan Rancangan Tebatan Banjir Sg. Rambai. Butir-butir projek tersebut adalah seperti berikut :-
Projek Kos Pelaksanaan Tahun
1. Pembinaan Ban Sg. Rambai RM142,800 1996
2. Membina Pintu Kawalan
Automatik diPt.4 & Sg. Rambai RM167,927 1996
3. Membina parit Konkrit di Pt. 2 RM455,472 1996
4. Membina Parit Batu Tunam diPt 3 RM192,195 1996
5. Mendalam Parit 4 RM 45,760 1997
6. Menyedia 4 buah Pam
di Pt.4 dan Sg. Rambai RM500,000 1995
7. Membina Pintu air Pasang
Surut di Borrowpit Tok Kangar RM105,000 1996
8. Membina Pintu Kawalan
Automatik di Pt. 5 RM 53,650 1996
9. Membina dan menyiapkan Sebuah
Pintu Kawalan di Kpg.Tok KeramatRM1,544,588.60 1997-2000
10 Mendalam dan Melebarkan
Parit Sisir Sg. Juru RM127,000 1997-1998
11 Mendalam dan Melebarkan
Parit Sisir Bukit Tengah RM 98,800 1999
12 Pemulihan Sg. Juru, Membuang
Kelodak dan Kerja-kerja
Pengidahan RM685,598 1997-2000
13 Cadangan Membina Pump Sump
di Parit 4, Bukit Tengah RM 77,500 1999
14 Membina Tapak Pam Sump
di Parit 5, Bukit Minyak RM 76,030 1999
15 Meninggikan Ban Parit 4,
Bukit Tengah RM 14,190 1999
(f) BAYAN BARU
Punca-punca utama berlakunya kejadian banjir di Bayan Baru adalah disebabkan oleh limpahan air Sg. Relau semasa musim hujan yang luar biasa lebatnya. Kejadian ini bertambah buruk lagi dengan masih terdapat beberapa bahagian sungai tersebut belum dilurus, terdapat halangan aliran air pada pembetungan (jambatan) jalan yang kecil, kecepatan kecetekan dasar Sg. Keluang, Sg. Ara dan Sg. Relau akibat pengumpulan pasir dari kerja-kerja tanah di hulu bukit dan terdapat halangan oleh sampah-sampah pada struktur-struktur jambatan.
Langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah tersebut ialah:-
Tahun
Projek Kos Pelaksanaan
1. Mendalam dan Membaiki Sg. Keluang,
Sg. Relau dan Sg. Ara RM10,000 1995
2. Mengorek Sg. Nibong Kecil RM30,000 1997
3. Memecah pintu air lama PDC di Parit MOX RM15,000 1997
4. Mendalam/Membaiki Sg. Relau dan Sg. Ara RM18,000 1999
5. Membaiki Sg. Nibong Kecil tepi Jln Sultan Azlan RM17,000 1999
6. Rancangan Tebatan Banjir Sg. Ara/Keluang RM2.1 juta 1999-2001
(g) FETTES PARK, TANJONG TOKONG
Punca-punca berlakunya banjir ialah kerana pembangunan yang pesat di sekitar kawasan tadahan telah menyebabkan keadaan kawasan tadahan berubah. Faktor resapan dan takungan menjadi kecil dan air larian permukaan telah menjadi bertambah banyak. Di samping aliran kelodak, lumpur dan sampah yang menyebabkan sungai menjadi cetek dan sistem saliran yang sedia ada tidak dapat menampong tambahan aliran permukaan. Projek tebusguna tanah di muara Sg. Fettes telah mengakibatkan muara sungai menjadi kecil dan menghalang aliran air Sg. Fettes.
Langkah-langkah yang diambil untuk mengawal kejadian banjir ini ialah :-
1. Mengetatkan syarat dan kawalan terhadap pemaju yang menjalankan projek pembangunan di kawasan tersebut.
2. Menjalan kerja penyelenggaraan parit dan sungai di kawasan tersebut dari masa ke semasa.
Jabatan Pengairan dan Saliran memperuntukkan wang sebanyak RM20,000 pada setiap tahun untuk mendalam Sg. Fettes.