Jawapan
YB DATO' HAJI ABDUL RASHID BIN ABDULLAH MENJAWAB BAGI PIHAK KETUA MENTERI:
4. Bagi mengatasi masalah projek perumahan terbengkalai seperti Majestic Heights, Taman Hijau di Paya Terubong, Taman Cemerlang, Fettes Park, Kerajaan Negeri telah menghubungi pemaju-pemaju yang terbabit dan mengenal pasti masalah yang sedang mereka hadapi. Pihak pemaju telah berjanji untuk meneruskan projek apabila kewangan syarikat mereka pulih kembali. Kesan daripada tindakan kerja ini, terdapat projek yang telah aktif kembali iaitu Taman Hijau di Paya Terubong. Bagi projek Fettes Park pula pemaju memaklumkan sedang dalam proses perbincangan untuk menukar pengurusan bagi menghidupkan kembali projek ini.
Projek di Taman Cemerlang pula MBSB (Malaysia Building Society Berhad) bercadang untuk menghidupkan semula projek ini melalui anak syarikatnya MBSB Project Management Sdn. Bhd. (MPMSB) sebagai Pengurus Projek. Pihaknya juga sedang mempertimbangkan permohonan pemaju untuk mengambil Pinjaman Tambahan Pembiayaan Penyambung bagi tujuan memula dan menyiapkan projek tersebut dan telah pun berbincang dengan tuan tanah Cekal Berjasa Sdn. Bhd. mengenai perkara ini. Tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pengarah MBSB. Bagi projek Majestic Height pula setelah dihubungi pemaju menghadapi masalah kewangan syarikat. Oleh sebab itu projek ini ditangguhkan sementara.
SENARAI PROJEK-PROJEK PERUMAHAN YANG TERBENGKALAI
BIL NAMA / LOKASI BILANGAN UNIT TAWARAN KEMAJUANPROJEK MASALAH YANG DIHADAPI CATATAN
KR KSR TERIMA BAKI UNIT
1. Mejestic Heights Sdn. Bhd. Lot 4789, Mk. 13 Jalan Paya Terubong Daerah Timur Laut. 168 - 168 - 25% Kegawatan Ekonomi Pemju menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan projek.
2. Gelanggang Kemilau Sdn. Bhd. Lot 7686, Mk. 13,Daerah Timur Laut. - 2225 2225 - 60 % Masalah Kewangan Pemaju dapat meneruskan projek kerana sudah mendapat pinjaman dari Bank.
3. Penangan Maju Sdn. Bhd.Taman Cemerlang Lot 3254 & 3255, Mk. 13 Daerah Timur Laut - 391 251 140 5%
4. Gewaris Sdn. Bhd.,Fettes VillaLot 141 Sbhg. Lot 3622, 3624, 3585, Mk. 18,Daerah Timur Laut. - 363 363 - Tanam cerucuk