MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Ahli Kawasan Sungai Puyu (Y.B. Encik Loo Ah Dee @ Lee Ah Lee) bertanya kepada Ketua Menteri: 2. Sila nyata dan sebutkan bilangan serta nama projek perumahan swasta yang telah dibina dan disiapkan sepanjang tempoh 4 tahun yang lalu di sekitar KADUN Sungai Puyu?
Dun -
Exco YB DATO' ABDUL RASYID BIN ABDULLAH
Perkara -

Jawapan





YB DATO'ABDUL RASYID BIN ABDULLAH MENJAWAB BAGI PIHAK KETUA MENTERI:

2. Sepanjang 4 tahun yang lalu di sekitar KADUN Sungai Puyu ada dibangunkan Projek Perumahan Kos Rendah oleh Kemajuan Baiduri Sdn. Bhd. di atas Lot 1007 Sek. 1, Bandar Butterworth. Projek ini telah diluluskan pelan merancang pada 7 Oktober 1996 untuk membina sebanyak 67 unit Rumah Pangsa tetapi projek ini telah dihentikan atas sebab-sebab kegawatan ekonomi dan senarai nama belum dibekalkan bagi projek ini. Selain dari ini pada tahun 1998 satu lagi Projek Rumah Kos Rendah telah diluluskan iaitu Barisan Pinang Sdn. Bhd. di atas Lot 509 Sek. 3, Seberang Perai Utara sebanyak 58 unit tetapi sehingga ini belum bermula atas masalah kegawatan ekonomi syarikat dan bayaran pampasan kepada setinggan yang terlibat.






Kembali