MESYUARAT KETIGA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Air kumbahan IWK telah disalurkan ke parit di sebelah No. 1, Solok Sungai Pinang dan kesihatan penduduk-penduduk di sini terjejas berikutan masalah tersebut. Bilakah masalah ini akan diselesaikan.
Dun -
Exco THN
Perkara IWK

Jawapan
Masalah ini telah diatasi dengan menaik taraf rangkaian paip dan pam di stesen pam Jalan Sungai.
Kejadian tersebut berlaku disebabkan:-

(a)sampah sarap atau pepejal seperti lampin, pakaian/kain buruk, minyak beku dan lain-lain yang telah dibuang oleh pengguna-pengguna ke dalam sistem pembetungan yang mengakibatkan parit tersumbat dan limpahan air kumbahan pada tempat-tempat yang tertentu.
(b)banjir juga menyumbang berlakunya limpahan pada lubang pembetungan di mana keadaan tidak dapat dikawal apabila hujan lebat.










Kembali