Jawapan
Kerja-kerja pemasangan paip besi mulur sepanjang 6 kilometer dari Bayan Lepas ke Batu Maung dimulakan pada awal tahun 2003 dan ianya dijangka siap dalam tempoh 8 bulan. Walau bagaimanapun, projek ini terlewat jadual sedikit kerana kerja-kerja penyiapan tidak dapat dipercepatkan disebabkan keadaan kabel-kabel bawah tanah Tenaga Nasional Berhad dan Telekom yang agak sesak dan talian paip harus melintasi sungai dan peparit. Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang amat peka terhadap gangguan kepada orang ramai dan sedang mengambil tindakan dengan menimbus secara berperingkat-peringkat selepas setiap pemasangan paip dibuat.Gangguan ini tidak dapat dielakkan secara keseluruhan demi peningkatan perkhidmatan dan mutu bekalan air kepada orang ramai.