MESYUARAT KETIGA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Dalam tahun 2003, berapa jumlah peruntukkan yang telah disediakan oleh kerajaan negeri bagi aktiviti kebudayaan dan keseniaan Melayu dan nyatakan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri.
Dun -
Exco KPC
Perkara Pelancongan

Jawapan
Dalam tahun 2003, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa MMK Kebudayaan dan Kesenian telah menyediakan sejumlah RM 108,000.00 untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti kebudayaan dan kesenian Melayu yang merangkumi aktiviti drama/teater, muzik, tarian, seni pertahanan diri dan penulisan.

Sehingga 30 September 2003 program-program berikut telah pun dijalankan mengikut jadual yang dirancangkan:-

a) Seminar Penghayatan Puisi Tradisi Pantun
b) Persembahan Boria sempena Bulan Citrawarna
c) Program Gema Boria Semutiara III
d) Bengkel dan pementasan teater "Sayang Sri Tanjung"

Pecahan peruntukan keseluruhan pada tahun 2003 adalah seperti berikut:

a) Bengkel dan persembahan teater RM 20,000.00
(Pekan Teater Negeri)
b) Bengkel dan Persembahan Bangsawan RM 10,000.00
c) Program latihan muzik Gazal, RM 10,000.00
Gamelan dan Haderah
d) Penyertaan Festival Tari Kebangsaan RM 10,000.00
e) Kem Latihan tarian Melayu RM 10,000.00
f) Festival Pantun dan Boria RM 10,000.00
g) Kursus kejurulatihan silat Melayu RM 20,000.00
h) Kursus/bengkel penulisan puisi RM 8,000.00
i) Peruntukan bantuan kepada RM 10,000.00
penggiat-penggiat seni Melayu
JUMLAH RM108,000.00

Selain daripada program-program kebudayaan dan kesenian melayu secara tahunan, pada tahun 2003 ini kerajaan juga menyediakan peruntukan grant sebanyak RM 80,000.00 kepada Orkestra P. Ramlee yang dikelolakan oleh Yayasan Kesenian Negeri termasuk juga bantuan untuk persembahan Boria, Bangsawan dan Silat dibawah peruntukan Jawatankuasa Pesta Pulau Pinang.






Kembali