MESYUARAT KETIGA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Nyatakan sebab-sebab projek perumahan Villa Mas Ewani terbengkalai selama empat tahun yang telah hampir siap dibina tetapi masih tidak boleh mendapat sijil penghunian. Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri terhadap pemaju projek berkenaan.
Dun -
Exco ARA
Perkara -

Jawapan
Dalam menangani masalah projek Villa Mas Ewani yang dimajukan oleh Juara Aspirasi (M) Sdn. Bhd., kerajaan negeri dengan bantuan Y.B. Adun Kawasan Sungai Pinang telah mengadakan beberapa kali perbincangan dengan pihak pemaju, arkitek, tuan tanah dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Projek ini sebenarnya mengalami kelewatan disebabkan terdapat beberapa perubahan yang telah dibuat yang tidak selaras dengan Pelan Bangunan yang diluluskan oleh MPPP. Pihak Arkitek telahpun berjaya mendapatkan tandatangan pemaju yang pada awalnya tidak dapat dikesan dan seterusnya mengemukakan pelan pindaan kepada MPPP. Pelan pindaan telah diluluskan oleh MPPP. Sehingga kini projek didapati tiada masalah dan dijangka atau dapat disiapkan pada akhir bulan Oktober ini.

(Disemak & diluluskan - ARA 3/10/03)


Kembali