MESYUARAT KETIGA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Apakah kriteria yang digunapakai oleh kerajaan negeri di dalam membuat perlantikan Jaksa Pendamai (JP).
Dun -
Exco YABKM
Perkara Pentadbiran

Jawapan
Calon-calon untuk perlantikan Jaksa Pendamai (JP) yang dipertimbangkan adalah terdiri daripada mereka yang berhemah tinggi, mempunyai latarbelakang peribadi yang baik, berpengalaman luas dan terbukti telah dan akan terus memberi perkhidmatan dan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negeri.

Apa yang harus ditegaskan ialah JP merupakan satu jawatan yang dilantik untuk menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugas yang tertentu di bawah Subordinate Courts Act 1948. Ianya bukanlah bintang atau darjah kebesaran yang dianugerah.



Kembali