Jawapan
Selaras dengan polisi Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak tahun 1991, Bahagian Pesakit Luar tidak seharusnya berada di hospital. Maka semua hospital yang dibina ataupun yang memulakan operasi selepas polisi tersebut dilaksanakan tidak akan mempunyai komponen unit pesakit luar. Ini termasuklah Hospital Seberang Jaya dan Hospital Kepala Batas.
Penduduk di kedua daerah ini iaitu Seberang Perai Tengah (SPT)dan Seberang Perai Utara (SPU)boleh mendapat perkhidmatan rawatan pesakit luar dari mana-mana lima 5 Klinik Kesihatan di SPT dan 6 di SPU mengikut yang terdekat dengan tempat tinggal. Nama-nama klinik tersebut ialah:-
SPU - Klinik Kesihatan Butterworth
Klinik Kesihatan Kepala Batas
Klinik Kesihatan Mak Mandin
Klinik Kesihatan Penaga
Klinik Kesihatan Sungai Dua
Klinik Kesihatan Tasek Gelugor
SPT - Klinik Kesihatan Berapit
Klinik Kesihatan Bukit Minyak
Klinik Kesihatan Kubang Semang
Klinik Kesihatan Prai
Klinik Kesihatan Seberang Jaya